Friday, July 30, 2010

ANGAH


Angah...Angah
Janganlah buat ibu mengah
Letih dah nak layan kerenah
Balik opis dapur terus kena jengah
Kecuali time malas singgah restoren mak ngah
Angah rajin sebenarnya
Rajin di dapur dan rajin mengusik
Tak guna larang sebab dah jadi hobinya
Tak kira kakak tak kira adik
Nak minta tolong carilah angah
Tak perlu suruh dia dah tahu nak buat apa
Hatta mengasuh paling dia suka
Tak payah upah dia memang leka
Itulah angah anak nombor dua.

Wednesday, July 28, 2010

??????

Membuka lembaran lama 15 tahun yang silam, terjumpa pula coretan ini.

Kurenung kaki langit biru
Di remang senja kelabu
Kupandang sepi jalan di depanku
Kudongak mencari sinarMu
Kutanya diri...
Bila mahu meratapi
Kapan mahu kau tangisi
Apakah hendak menanti
Tulangmu membongkok menampan bumi
Atau menunggu "lives begin at fourty"?
Duhai hati...
Kenapa keras sekali?
Tak inginkah seputih salju..
Selembut sutera..
Setiap hari membungkus menghitung diri
Cukupkah ilmu, iman dan amal di dada?
Wahai jiwa...
Kau tanya mengapa sengsara?
Cubalah...
Cuba lagukan kalamNYa
Hayati dan renungilah
Jawabnya pasti kau jumpa!
Ya Allah...
Sesungguhnya diri, hati dan jiwa ini
Terlalu kerdil buatMu
Segumpal darah Kau jadikan kami
Malangnya masih begini
Tidak menyedari...
Bahawa kami milikMu abadi
Ya Allah...
Jadikan diri, hati dan jiwa ini
Syukur dan sujud padaMu jua
Bibir dibasahi kalimah suci
Lidah tak jemu menyebut
Ya Allah..Ya Allah.
-naar-Apr 3,1995-2.30pm-

YAH..ooo...YAH




Isnin..Yah balik sekolah bagitau cikgu suruh bercerita on Tuesday. Malam tu dia pulun baca "Swan yang sombong". Kena hafal lagi sebab cikgu nak pilih masuk competition katanya. Dah tertidur bangun basuh muka dan hafal lagi dan lagi dan lagi...
Selasa pagi..on the way to school hafal lagi. Kakak tolong tengok.. Petang tu...
Ibu..Yah nak bagi hadiah kat ibu...Cikgu pilih Yah dan 2 kawan lagi..tapi dalam kelas tu cikgu kata Yah paling best... Alhamdulillah..berbaloi la dia stay up...nak tergelak pun ada... macam2 lah kau ni...

Tuesday, July 27, 2010

TRIAL




Semalam kakak menyerahkan borang lawatan/rombongan sekolah. Pertama, ke Penang A (Tmn. Negara & MRSM Balik Pulau) or Penang B (War Museum dan Akuarium). Ibu suruh kakak pilih Penang A sebab Penang B dah pergi. Lagipun Penang A lebih mencabar.
Kedua, rombongan ke Melaka. Mak toknya kata Melaka dah selalu pergi. Betul juga. Tiap kali balik Bt.Pahat kami singgah mana2 tempat menarik untuk dilawati. Tapi, to give kakak a life time experience and memories with her friends, ibu bagi juga lah. Abah pun kata ok. Dengan syarat, down payment RM30 kakak bayar...biar kakak tahu menghargai wang sendiri..lepas ni ibu le tanggung jawabnya sebab duit lam tabung dah abis..lain2 dah masuk T.Haji.
Hari ini kakak menduduki percubaan UPSR. Cepat betul masa berlalu. Semoga kakak boleh menjawab dengan tenang sebab semalam dah bagi green light untuk lawatan. Lepas raya ni UPSR betul2 punya... cuti raya sure tak nampak buku dah ni...apa2 pun doa ibu dan abah moga kakak berjaya selalu..aminnn


Kisah Stokin

Jumaat 23 Julai.
Dalam Kereta on the way hantar anak2 ke sekolah

Ibu: Semua dah bawa stokin? Yah bawa tak stokin?
Anak2: Dah bawak dah.

10 min sebelum sampai:
Yah (si bongsu darjah1): Angah, tolong amik stokin Yah.
Angah: Kat mana.
Yah: Tu kat depan.
Ibu: Tu kan stokin kakak. Kakak yang letak semalam. Bila lak Yah letak?
Yah (sambil nangis): Yah ingat stokin Yah. Tak mau pi sekolah la camni..

Ni yang darah ibu going upstairs ni..dah le pagi2 tadi dia ngamuk baju senaman biru dia tak dak. Angah jugak yg pujuk pakai baju kuning Angah...Angah le tolong lipat baju sekolah Yah buh lam beg. Terima kasih Angah.

Ibu: Kan ibu dah tanya tadi..bawa tak stokin..abis tu camna?
Yah tak mau pi sekolah..kakak tak mau bagi stokin dia (nanti dia lak tak pakai stokin walau selalunya dia yg lupa bawa stokin)

Hati dah panas ni..at last..
Ibu: Kakak bagi la stokin kat adik. kakak dah biasa pi sekolah tak pakai stokin.
Kakak: Abis..kakak nak pakai apa?
Ibu (sambil memeras otak geliga ni..): Hmmm..kakak pakai la stokin ibu (yg kebetulan belum dipakai lagi)

Alhamdulillah..kakak pun bagi stokin dia dan kakak pakai stokin kelabu ibu ke sekolah..selesai satu perkara. So, Yah pun happy je petang tu....

Satu Permulaaan

Salam perkenalan salam muhibbah
Melihat teman-teman yang sering ber'blogging' rasa terpanggil juga untuk mencuba sesuatu. Masih baru dalam arena 'blogging' ini dan masih merangkak..Namum, terima kasih kepada sifu http://hahmat73.blogspot.com/ yang tak jemu mengajar saya yang baru berjinak-jinak dengan blog.

Terima kasih daun keladi
Kalau tak jemu saya masih nak tanya lagi

Buat pembaca dan bakal pembaca blog ini, saya amat mengalu-alukan sebarang komen atau cadangan.

Hidup adalah satu anugerah
Tiada nilai buat tukaran
Kurniaan Allah satu amanah
Bajai ia dengan keimanan

-mamaina-