Friday, February 8, 2013

Surau Taman Murni

Surau TMI dalam proses pengubahsuaian. Penambahan ruang wuduk dan solat wanita, bilik bacaan dan ruang lentang. Bagi sesiapa/pembaca blog saya yang sudi menyumbang untuk surau saya ini, boleh hubungi saya melalui telefon, facebook, email atau komen di blog saya bayaran tunai atau untuk mendapatkan nombor akaun. Saya sekadar membantu usaha murni yang lain untuk kebaikan penduduk di taman perumahan saya.

Boleh baca selanjutnya mengenai surau TMI di sini.

http://surautmilunas.blogspot.com/p/projek-penambahan-ruangan-surau.html

Semoga usaha murni ini mendapat ganjarannya di akhirat sana. Amin

Monday, February 4, 2013

Sambutan MaulidurRasul

Setiap tahun Surau Taman Murni Indah mengadakan sambutan MaulidurRasul. Tahun ini tidak berkecuali. Aku mengambil peluang turut serta bersama Emad.

Kanak2 paling gembira. Sebelum itu mereka telah bernasyid dan Khtam Quran.
Yang dalam bulatan tu dok buat apa?

hahaha..depa dok ghumun (berkerumun) Emad, peserta muda kali ni. Tukang tolak pun ramai.
Saja enterframe pokok tua ni
Kaum ibu
 
Hampir tiba ke tempat mula
Malamnya ada jamuan dan ceramah. Emad dah letih la... Abah pi sorang2.

Friday, February 1, 2013

Cendol

Bertempat di belakang kampus. Berhampiran Sutera Prima. Kata students aku, cendol di sini paling sedap. Dan murah. Gerai dibuka lebih kurang jam 5. kalau ke sana jam 6 biasanya dah abis. Masa aku sampai memang ramai pelajar di gerai ini. Kakak gerai tak henti2 basuh mangkuk cendol.

Anak2 murid sedang susun kerusi meja.

Ini cendol special. Ada jagung (banyak), kacang dan pulut.

Inilah mereka. Gembira dapat makan cendol free. Lelaki next round.

Cakoi/pak tungku/batang keramat 4 pinggan begini hanya RM10. Sedap.

Tq girls. Sorry I can't stay longer. Gotta fetch my daughter.
 Cendolnya aku suka sebab jagung banyak. Rasanya... seperti cendol2 ditempat lain juga. Murah memang murah. Ini tak dinafikan. Sebab tu ramai pengunjung. Ok..lain kali giliran boys pulak.