Thursday, January 30, 2014

Ziarah Luar - Ladang unta

 A036
Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur. (Al-Hajj 22:36)
 
2 Zulhijjah 1434H = 7/10/2013


Hari ini kami ikut ziarah luar pula - Hudaibiah. SR10 seorang sebab agak jauh berbanding ziarah Makkah semalam. Tiket ni buat syarat ja.. bukan dia minta pun. 4 bas kut utk ziarah hari ni. Booking kena awal sebab tempat terhad.

PERINGATAN: Ziarah dijalankan mengikut maktab masing2. Rajin2lah tengok papan notis. Kalau terlepas, insyaallah boleh selit2 kat maktab lain. Dan juga masa kami, selepas selesai haji pun masih diadakan ziarah ini.


Destinasi pertama hari ini ke ladang unta. Macamana yg dikatakan ladang unta? Aku ingat macam ladang lembu kambing kat sini.. luas.. ada tempat khas bagi makan... hmm... sama ka dgn unta? Ketika hampir ke ladang boleh dilihat nun di kaki2 bukit penempatan kaum badwi. Dikatakan kerajaan telah sediakan penempatan mereka di kwsn bandar. Tetapi depa tak mau pindah.. maka hiduplah mereka di dlm khemah2 di tgh2 panas gurun. Kawan aku yg dok sana kata, Org badwi ni kalau jumpa pompuan.. nahas.. diculik dan 'dikerjakan' pompuan tu nanti. Jadi bagus juga katanya bila pompuan tak dibenarkan drive di sana.. BAHAYA. Nak kenal depa ni biasanya bawa truck pickup.. itu kata kawan aku la.. bukan aku kata sebab aku tak dok sana.


Rupanya2 yg dikatakan ladang tu... sepanjang jalan kat sini ada kelompok2 unta dgn tuan2 berbeza. Jarak mereka dekat2 saja. Setiap kelompok unta berada di dalam pagar dawai yg agak2 aku paling kurang dlm 5m x 5m kut. Tak besar mana. Situlah unta makan minum tidog. Unta2 di sini berbonggol satu. Yg bonggol dua tu katanya dari negara lain. Kalau nak pegang silakan. Boleh saja. bau memang ada la macam lembu kambing juga.. mana leh wangi...


Ini mutawif kami utk hari ni. Pelajar indon yg tinggal di Bangi, Selangor. Di belakang tu salah satu khemah Badwi aka tuan ladang yg kami singgah. Kehidupan yg ringkas tanpa elektrik dan bekalan air mengalir. Apatah lagi perabot..

Cerita mutawif (kalau aku salah tolong betulkan):
1. Unta ni haiwan pemalu. Kalau unta jantan dan betina nak mating/bersama, depa tak buat siang2 hari depan2 orang.. malu weh... bukan macam sesetengah manusia tak tau malu...
2. Bila unta dibawa berjalan jauh.. biasanya time unta berhenti itu menandakan masuknya waktu solat. Subhanallah. Itulah hikmahnya zaman dulu unta adalah kenderaan utama utk bergerak. Tak percaya? Cuba pi sewa unta dari zoo... hehehe


Ini tuannya dok tapis susu unta. Sebotol air mineral 500ml tu hmmm... SR2 kut. Aku tak ingat sebab suami yg beli. Aku tak minum. Nak rasa pun aku tak mau. Sebabnya..


Bila diperah terus masuk baldi. Terus ditapis masuk botol mineral. Aku tengok yg ni... susu unta yg ditapis akan ada lebihan macam buih2 ni. Aku tak lalu wei. Kalau yg nak cuba tu silakan.. fresh dari ladang. Kata suami macam rasa... lupa pulak aku. 30 minit masa diberi kat sini sebelum ke destinasi seterusnya.



Wednesday, January 29, 2014

Alhamdulillah....

A096
Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.

Alhamdulillah.. bas selamat tiba ke hotel sebelum waktu zohor. Jadi sempatlah nak ke Haram utk solat. Memang ziarah yg dilakukan mengikut masa yg tetap supaya para jemaah tidak tertinggal utk berjemaah di Haram. Melainkan mereka yg memang uzur, sakit atauuuu memang tak nak ke masjid.





Gambar2 jam besar petang tu ihsan K.Has. Udara dipenuhi debu2 pembangunan yg berjalan 24 jam tanpa henti. Bas2 yg banyak tu utk geng Pakistan, Bangladesh, Afghanistan, Turki. Laluan inilah yg kami lalu setiap hari utk ke Haram. Lebih kurang 700m tapi Alhamdulillah.. Allah kurniakan kekuatan dan kesihatan pada hamba2Nya.. tidak terasa penat bila sudah biasa.

NASIHAT AKU: Pakailah kasut/slipar yg betul2 selesa sebab tiap2 hari berjalan atas jalan/tanah yg panas. Boleh panas tapak kaki. Sekali lagi aku mention di sini. Yg tak tahan habuk sila pakai mask atau kain purdah yg boleh dibeli di sana. (wanita berihram haram pakai mask.. cukup sekadar tutup dgn tangan/kain telekung atau sapu tgn/tisu). Berdoalah sentiasa supaya Allah mudahlan urusan seharian kita.


Jemaah ini letak Quran atas kepala masa berdoa.. mungkin itu fahamannya.. wallahualam.



Dari atas bumbung Masjidil haram, matahari senja sedang melabuhkan tirai   Subhanallah cantiknya.... walau sekiling hingar bingar dgn contruction work.


5.21pm.. menunggu masuknya waktu magrib. Nampak biasa saja kan... Cuma jam tu je la besar ya amat..


Waktu magrib dah masuk.. jam pun bertukar warna... Memang cantik.. kalau lihat dari jauh lagi cantik. Jam ni dikatakan boleh dilihat sejauh 30km! Tapi aku memang terpegun tiap kali tengok jam ni waktu malam. Roomate aku kata sekali tu jam 2 am dia tengok ada kerlipan bulan bintang terpancar dari jam ni... Tapi dia tak amik gambar punnnn.

A097
Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk. 



Tuesday, January 28, 2014

Miqat-Jaranah

 A197







(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya). (Al-Baqarah 2:197)


Destinasi terakhir utk ziarah Makkah hari ini ialah Ja'ranah yg sejauh 24km dari Masjidil Haram. Di masjid Ja'ranah ini merupakan salah satu tempat miqat umrah yg tinggi darjatnya.


Rasulullah s.a.w pernah bermiqat di sini untuk mengerjakan umrah setelah pulang dari peperangan Hunain. Ji’ronah adalah nama seorang wanita yang mengabdikan dirinya untuk membersihkan dan menjaga mesjid tersebut, Ia seorang wanita Quraisy dari Bani Tim. http://basusurung.blogspot.com/2012/11/masjid-jaranah-tempat-miqat.html  Sesiapa nak berumrah memang telah diingatkan utk bawa persalinan ihram ke sini. Kaum wanita tak yah risau sebab pakaian kita memang dah sesuai utk berihram.. sepatutnya lah. Tak tahu lah kut2 ada yg bergaya macam pi shopping.

 

Terima kasih Rizam utk gambar di dlm masjid ni. Bahagian lelaki sahaja sebab yg wanitanya geng aku tak masuk. masing2 dok berkeliting/merayau di luar masjid.


Ada gerai2 jualan macam2. yang ini kekacang, kurma dan kismis. harga mereka semua samanya saja kalau tawar menawar pun.


Tasbih...batu2 permata.. banyakkkk. Hanya dua utas tasbih yg kami bawa balik ke Malaysia. Itu pun hadiah seorang peniaga masa di Madinah. Aku memang dah pesan kat suami.. no tasbih please. Beli sesuatu yg orang akan guna sebaik2nya.


Peminat2 cincin suka la. Macam2 pilihan. Ingat dulu2 masa tok tok kita pi Makkah. Cincin, gelang memang jadi pilihan utk dibawa pulang.Aku tak minat semua tu.. cari lagi...sampai jumpa.


Apa pulak ni? Kereta tolak kita dok angkut tanah diubah suai. Atas tu tong air lemon di bawahnya tu buah2 lemon yg belum diperah. Baguih jugak idea depa ni. Kan mudah nak tolak sana sini.


Pakcik ni pulak ke sana sini cuba menjual mesin jahit tangan. SR10. Comel je.. tapi malas la nak layan beli. masih mermerhati kalau terjumpa idaman hati. dapat beli key-chain saja di sini. Yg dicari belum ketemu.. fridge magnet memang susah nak jumpa la di Makkah!


Tengah dok layan brother jual kacang sebab aku nak beli tiba2 peniaga2 ni bertempiaran. Rupa2nya penguatkusa mai buat rondaan. Tak dibenarkan berbiaga di kwsn tersebut. Brother kacang tu tutup payung masuk lori dan cabut. Eh.. bangku duduk dia tinggai macam tu saja. Takut punya pasal. Itu kalau aku tak sempat bayag camna? Memang tak sempat bayag la sebab tak sempat nak beli pun... dia dah cabut!


Dalam perjalanan pulang/pergi, kalau ada rezeki boleh la nampak untuk2 liar berkeliaran. Aku teka unta liar la sebab di kawasan terbentang luas... Alhamdulillah... Ziarah hari ini sangat bermakna dan bermanfaat. Syukur diberi peluang utk melalui semua ini. Semoga akan ada lagi peluang utk ke sini lagi bersama keluarga Insyaallah.




Monday, January 27, 2014

Jabal Nur

 A199
Selain dari itu hendaklah kamu bertolak turun dari (Arafah) tempat bertolaknya orang ramai, dan beristighfarlah kamu kepada Allah (dengan memohon ampun), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah 2:199)

Kita tak berhenti. Cuma akan lalu saja di sini. Jabal Nur di mana terletaknya Gua Hiraq, tempat pertama Rasulullah menerima wahyu.  

Jabal Nur terletak sekitar 7 km sebelah barat masjidil Haram. Tingginya kurang lebih 642 meter. Dinamakan Nur yang artinya cahaya, karena di bukit ini terdapat Gua Hira’, tempat Nabi saw menyendiri beribadah sehingga terpancar nur atau cahaya nubuwwah. Di bukit ini Rasulallah saw menerima wahyu pertama: ”Iqra’” (Bacalah). http://hasansagaf.wordpress.com/2010/06/19/jabal-nur-bukit-nur/




Nun di puncak bukit itulah terletaknya gua Hiraq. Bagaimana rupa gua boleh dilihat di sini http://iqbalsafwan.wordpress.com/2012/03/12/jejak-rasul-jabal-nur-dan-gua-hira/ Dalam hati.. aku mesti naik ke puncak dan ke Gua Hiraq. Tapi macamana ya? Mau ka suami aku ikut? Nak pi macamana? Ini salah satu matlamat aku di samping mengerjakan haji. Gua yang sering diceritakan ini menjadi impian aku utk melihatnya. Kata depa pendakaian mengambil masa dalam 45 min..

Alhamdulillah.. cita2 menjadi kenyataan bila ada yg sudi membawa ke sana malah menunggu hingga kami turun ke bawah. Kisahnya akan aku ceritakan di lain episod.


Friday, January 24, 2014

Mina dan Muzdalifah

 A196
Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu dikepong (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati; dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah. Iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih Dam. Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau ia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) masjid Al-Haraam (Makkah). Dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya). (Al-Baqarah 2:196)

Masih hari yg sama.. 6 Zulhijjah 1434H. Dalam seterusnya akan melalui Mina dan Muzdalifah. Kiri kanan  hanya gunung ganang bukit bukau berbatu.. keras. Kering. gersang. Subahanallah. Cuba kita renung kembali kisah perjalanan Rasulullah ketika baginda melaui semua kawasan ini. Menaiki unta di dlm cuaca yg panas terik.



  

Agak2 la. Kalu kita disuruh panjat bukit2 ni tengah2 panas terik mau ka? Bila tengok batu2 tu rasa macam mudah je dia nak tergolek jatuh..


Apa ni? Nampak cam stadium..
 

Ini landasan keretapi.. macam LRT yg menghubungkan Arafah, Mina dan Muzdalifah. Katanya hanya utk penduduk Saudi je.. Wallahualam


 

 

Bila mutawif tunjuk "kat sini la Muzdalifah.. nak mabit nanti". Aku tengok ada tanah kosong je dgn satu dua bangunan tandas. Camna dikatakan mabit malam tu? Kutip batu camna? Ramainya org camna? Huhuhu tak dapat aku bayangkan langsung.




Khemah2 jemaah utk hari2 tasyrik nanti. Banyakkkkk. Malah telah ditambah khemah2 ini hingga masuk ke kawasan Arafah dan diberitahu bahawa melalui perbincangan ahli2 agama mereka bersetuju tentang hal ini. Tapi ada juga yg tidak setuju memandangkan Arafah bukan tanah haram sedangkan mabit utk hari2 tasyrik mesti di tanah haram-Mina.




Khemah ini dikatakan kalis api. Insyaallah. Khemah utk Malaysia nun di belakang dan alhamdulillah masih di kawasan Mina. macamana rasanya duduk di khemah ni? Betulkah sesak? sempit? rimas? Susah mandi? dan segala yg negatif itu berlaku? Kita tunggu bila tiba masa utk mabit dan melontar nanti. Pasti terungkai segala tanda tanya.




Dua kawasan ini bas cuma lalu saja. Tak berhenti pun. Kalau berhenti nanti lambat pulang utk zohor di Haram. Dalam perjalanan, nun di atas bukit, tersergam istana raja. Satu lagi di kota Makkah tapi tak tau kat mana. Ini dekat Mina memang boleh nampak dari jalan.

 A198


Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa,"talbiah" dan tasbih) di tempat Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah), dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutnya sebagaimana Ia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya. (Al-Baqarah 2:198)



Thursday, January 23, 2014

Jabal Rahmah

A128
"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;(Al-Baqarah 2:128)


Perjalanan dari Jabal Thur diteruskan menuju ke Jabal Rahmah. Ketika ini dapat dilihat dengan jelas Masjid Namirah. Bagi yang hendak berwukuf di sini perlu tahu benar2 sempadan Arafahnya.

 
 
Masjid Namirah dikenal juga dengan julukan masjid Ibrahim atau masjid Arafah. Setelah perluasan, masjid ini terbagi dua, yang sebelah muka masjid tidak termasuk Arafah dan yang sebelah belakang masjid termasuk bagian dari Arafah. Di bagian muka dan belakang masjid Namirah terbentang papan penunjuk arah yang menuju ke Arafah dan arah yang bukan Arafah.
(http://hasansagaf.wordpress.com/2010/06/20/masjid-namirah/)

Sekitar kawasan Arafah masa ni dapat dilihat tiang2 khemah baru ditegakkan utk wukuf 7 hari lagi. Tak boleh bayang lagi macam mana rupa.

Jabal Rahmah

Rahmah memiliki arti kasih sayang. Nama tersebut diambil dari suatu kisah yang diyakini umat Muslim, yaitu pertemuan antara Adam dan Hawa. Jadi, ketika Adam dan Hawa diturunkan ke bumi olah Allah, mereka diturunkan secara terpisah. Hingga akhirnya, kedua manusia pertama di muka bumi tersebut bertemu di Jabal Rahmah. Untuk mengenangnya, di atas Jabal Rahmah terdapat suatu tugu yang terbuat dari beton persegi empat dengan lebar 1,8 meter dan tingginya 8 meter. Masyarakat setempat percaya, lokasi bertemunya Adam dan Hawa persis di titik tugu tersebut.

Jabal Rahmah sendiri bisa dibilang sebagai bukit. Tingginya hanya sekitar 70 meter saja dan bisa didaki jamaah haji dengan melewati sekitar 160-an anak tangga. Mendaki Jabal Rahmah dari dasar hingga mencapai tugu Adam dan Hawa, biasanya menghabiskan waktu sekitar 15 minit saja. Jabal Rahmah juga jadi tempat bersejarah bagi perjalanan Nabi Muhammad. Di sanalah dirinya menerima wahyu terakhir dari Allah, sekaligus penyempurna dari ajaran Islam.

Banyak yang percaya, jika berdoa minta jodoh di Jabal Rahmah maka permintaannya cepat dikabulkan. Selain itu, sejarah dan pemandangan yang terlihat dari Jabal Rahmah sudah mampu mencuri perhatian jamaah haji. http://travel.detik.com/read/2013/10/11/134849/2384615/1520/jabal-rahmah-romantisme-cinta-adam-hawa


Kelihatan Min dan suami, Rizam derta K.Has dan suami, Ashri. La.. Serupa la pulak kaler baju roomate berdua ni... Rizam berbaju merah tu... Oleh kerana orang kata di sini makbul utk doakan jodoh.. aku ambil peluang utk doakan jodoh sahabat2 yg kirimkan doakan mereka....  Jangan ada yg tersasul doakan jodoh utk suami sudah....

 

Dari atas (aku tak naik pun.. ini gambar Rizam yang punya), boleh tengok keliling bukit... tanah Arafah yg gersang. Jika masa wukuf.. bukit ini putih jadinya disebabkan ramainya jemaah yg berwukuf di atasnya.. kata mutawif kami.


Batu tanda yg dikatakan titik pertemuan Adam dan Hawa. Gambar K.Has aku rasa yg ni sebab dia memang naik sampai atas. Aku malas nak menapak ke atas sebab panas.


Di kaki bukit, ramailah yang menjual. Dalam besen tu buah zuriat yg diakatakan boleh buat ubat utk mereka yg tiada anak.. wallahualam. Semuanya di atas izinNya jua.


Bawah sekali kiri dlm bahasa Indonesia. Aku terjemahkan semula.. hehehe
Nabi anda yg tercinta Muhammad SAW tidak datang ke sini kecuali di hari Arafah dan baginda tidak naik ke gunung. Baginda bersabda "Arafah semua tempatnya untuk berwukuf." Begitu pula Nabi SAW tidak memerintahkan utk mengusap sesuatu yg ada di gunung atau pohon2, atau mengikatnya. Dan baginda tidak memerintahkan solat di atas gunung, menulis di batu, membina sesuatu di atas gunung. Wahai saudaraku jemaah haji. Ikutilah sunnah Nabi SAW yg telah bersabda "ikutlah cara ibadah haji kamu dari ku". Semoga Allah menerima haji kita semua.


Berhampiran, terletaknya Hospital Jabal Al Rahma (not patient clinic) Apa maknanya ya?


Perjalanan menuju Mina dan Muzdalifah akan melalui empangan/saluran air Siti Zubaidah ini. Alhamdulillah mutawif kami rajin bercerita. Balik Google je la nak tahu lebih lanjut.

Saluran air Zubaidah merupakan saluran air yang dibangun pada masa zaman dinasti abassiyah di mekkah. Saluran ini terbentang sejauh ribuan kilometer dari Irak ke Padang Arafah. Saluran ini dibuat berdasarkan keprihatinan Siti Zubaidah yang ketika itu menunaikan ibadah haji di Mekkah dan melakukan wukuf di arafah dimana ketika itu banyak sekali jamaah haji yang meninggal dunia yang diakibatkan tidak adanya sumber air yang memadai, sehingga air sangat sulit didapatkan. Ketika itu banyak sekali jamaah haji yang meninggal akibat kehausan dan kepanasan.

Melihat hal ini Siti Zubaidah yang memiliki nama asli Amatul Aziz binti Ja’far bin Abi Ja’far al Manshur, yang merupakan istri Khalifah Harun Ar-Rasyid mengambil inisiatif untuk membangun saluran air yang memadai sejauh ribuan kilometer dari negaranya Irak sampai ke Mekkah padang Arafah. Hal ini terjadi pada tahun 791 Masehi atau sekitar 174 H. Beliau menyumbangkan berton-ton emas (menurut salah satu sumber adalah sekitar 5000 ton emas) untuk membuat saluran itu. Dana yang dia sumbangkan adalah berasal dari kerajaan dan pinjaman dari kerajaan-kerajaan lain pada saat itu. http://www.rumahallah.com/2012/08/mengenal-saluran-air-siti-zubaidah.html

Allahuakbar... Arafah yang tandus dan kering ini disediakan saluran air. Sekarang ia tinggal sebagai khazanah sejarah yg amat bernilai. Subhanallah. Jom.. kita teruskan perjalanan.