Wednesday, April 23, 2014

Selamat kembali

A022
Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). (Al-Baqarah 2:22)

9 Muharram 1435H = 13 November 2013

Perjalanan, kalau tak salah aku hampir 8 jam. Kami bermalam dalam kapal...hehehe. Yg aku peliknya..lawak pun ada.. masa ke Makkah aku tak nampak pulak jemaah2 tengok movie. Mungkin tak dipasang kut? On the way balik.. naik je kapal.. ada beberapa jemaah yg layan movie omputih.. Aku pun tengok2 gitu ja la layan ngantuk.. Selebihnya dok pikiag camna bila sampai rumah nanti?


Alhamdulillah... perjalanan hampir 8 jam menuju destinasi tiba dgn selamatnya jam 6 pagi lebih kurang gitulah, hari Selasa. Di balai menunggu kami disambut dgn pegaia2 TH Penang dan telah disediakan hamparan tikar utk solat subuh.


Kami kena tunggu hampir sejam sebelum keluar ke bagasi. Ada taklimat. Yang batuk teruk kena buat pemeriksaan. Aku? Alhamdulillah.. batuk aku yg menyucuk2 sampai ke dada dan perut hilang begitu sahaja semasa di airport Madinah! Subahanallah. Kuasa Allah menghilangkannya begitu saja tanpa sebarang tanda. Tak perlu risau jangkitan dgn kaum keluarga nanti.


Lepas dapat bagasi masing2 tak sabar jumpa keluarga. Aku pulak siap dah bagitau semalam. Jgn dok mai ramai2 nanti menyemakkan dan merimaskan. Tunggu ja di rumah. Lagipun... kakak2 aku tak leh cuti.. adik aku pun.. yg boleh amik Ayen, adik ipar aku ja..Satu keta cukup. Kalau tak dak orang amik kami nak naik teksi saja. Oklah tu. Mudah.. datang ambil terus balik.. oppsss singgah masjid dulu nak solat.


Anak2 yg ada Dalilah (ponteng sekolah), Angah sekolah (lusa baru mula cuti), kakak cuti awal lepas PMR dan awang kecik hensem ni yg tak sabar2 aku nak tengok. Sepanjang di sana dia tinggal dgn 3 mak.. siang di nursery dgn mama, malam di rumah jiran dgn ummi dan weekend dgn adik aku yg dia panggil ibu!

Bila aku sampai.. ditenungnya aku lama2.. pelik barangkali. Sapa pulak yg depa soh panggil ibu ni? bukan ka aku dah ada ibu dok jaga? konpius kut? Tanpa suara tanpa  senyum..diam saja atas riba aku sampai ke petang.. Dia konpius lagi tu... Sesekali dia cari ibu baru (adik aku).. biar la.. esoknya baru ok.. dan dah sedar kut siapa ibu betul..hehehe

Apa2 pun.. Alhamdulillah.. semoga perjalanan  rukun Islam ke5 kami ini diterima Allah hendaknya. Buat bakala2 jemaah.. bersedialah mental dan fizikal.. Insyaallah. Allah akan membantu kita.

Tuesday, April 22, 2014

Selamat tinggal Madinah

A200
Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia". (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat. (Al-Baqarah 2:200)

8 Muharram 1435H = 12 November 2013

Allahuakbar..Masyaallah.. dah nak balik rupanya.. seperti belum puas merasi nikmat berada di bumi jasad Rasulullah bersemadi. 

 

Jadual pulang sudah sedia ada sejak kami tiba di Madinah.. cuma menghitung hari tibanya saja. Sedihhhh


Selepas solat subuh, kami ziarah wadak Rasululullah buat kali terakhir... Ya Allah.. jemputlah kami datang ke sini lagi.. sedihnya kami utk meninggalkan kekasihMu Ya Allah... Hibanya kami utk meninggalkan bumi Madinah ini Ya Allah...


9.25 am bersedia utk naik bas. Bersama kami hanya beg beroda dan beg sandang saja. Beg2 besar utk kargo sehari sebelum dudah ditimbang di hotel dan sudah dibawa ke airport oleh pihak bertanggungjawab. Jadi kita tak perlu bersusah-payah nak bawa banyak2 beg. Semuanya beres. Tungggu ambil di Malaysia saja nanti.


Kami sebilik di Madinah. K.Ram, Aku, K.Aziah dan K.Nor. K.Ram ni orang lunas juga.. rumah dia ngan rumah aku ada dlm 10 minit.. bukan jauh pun. K.Nor pula org Kulim.. ceria saja dia.. suka benar gelak.. happy memanjang walau kasut dia berulang-kali hilang di masjid Nabawi. Hilang beli hilang beli pastu jumpa balik yg hilang..


Suami (betul la..kurus benar), Ashri dan Halim sebilik di Madinah. Rizam di kanan sekali dari bilik sebelah.. Jurugambar amateur ni.. cantik2 gambar dia ambil yg aku tumpang pinjam sekali.


Sepanjang perjalanan ke airport rasa sayu saja. Nak datang lagi... nak datang lagi...



Kapal tak tiba lagi.. Kecik saja rupanya epot Madinah ni.. kedai makan? huhuhu.. ramai yg lapar.. makan je la apa yg ada. Ada satu kedai jual kek dan minum.. itu pun habis sebab yg ada cheececake n chocolate cake saja beberapa ketul. Betul2 tak mesra penumpang nih. 


Kat dalam macam tu juga. Jual wafer2 n air.. mana tahan.. Sabar je la sementara tunggu dapat makan atas kapal nanti. Sementara tu meh kita tengok siapa yg ada.


Kami sebilik berenam di Makkah. Balik dari Madinah tinggal berlima...K.Milah terpaksa pulang awal atas masalah kesihatan suami. Bukan rezeki dia utk berada di Madinah masa ni.. Insyaallah.. dia akan datang lagi. Yg kiri sekali tu Mak long. jiran kami di Mekah dan jadi roomate Min n K.Has di Madinah.


Agak2 apa dalam kotak yg berkotak2 ni? Air zamzam? tak mungkin...


Al-Quran... yang diberi kepada setiap jemaah haji yg pulang ke tanah air. Masyaallah...


Dah letih menunggu. Maklumlah.. tiba jam 12.. kapal jan 3.30 nanti... nak melilau mana lagi? Ruang tu bukan besar pun. Once dah ada di situ memang tak boleh keluar dah. Bukan macam epot kita.. ada lagi kedai2 utk ronda2 ada kedai2 utk lepak2 makan2. kesiannya kat pakcik makcik yg dah uzur.


Akhirnya... berangkatlah kami semua. KT50 yg dalam 279 jemaah aku rasa. Sedihnya... Roomate Mekah roomate Madinah.. jgn lupa sesama kita ya..  Ampun maaf andai ada terasa terkasar bahasa atau apa saja. Minta halalkan makan minum sepanjang bersama. Kita jumpa lagi di bumi Malaysia Insyaallah. Semoga semuanya pulang membawa haji yg mabrur,, haji yg berkati.. dan terus beritiqamah dgn amalan masing2.. Amin.

Thursday, April 17, 2014

Sekitar Haram

A201
Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka". (Al-Baqarah 2:201)

7 Muharram 1435H = 11 November 2013

Esok dah nak balik Tanah air...isk..isk..isk.. Batuk aku menjadi2 tak kebah2.. sejak balik dari Mina.. aku la yg paling teruk dalam bilik tu.. batuk tak henti2.. depa nak tidog pun terganggu. Sampai la ke Madinah.. pun aku jugak. Hingga terpaksa ke klinik sebab batuknya sampai sakit dada dan perut.. sakit yg menyucuk2.... Esok dah nak balik...

Hmm... batuk sakit pun kena ambil peluang last ronda2... Entah bila pula dijemput datang ke sini wallahualam.


Ini on the way to Pasar Kurma kalau tak salah. Sekali lagi.. semua gambar di post ni hak milik Rizam. Terima kasih.


Ini dari pasar Kurma.. nampakminaret Nabawi dan payung masjid?


Kat Pasar Kurma lagi ni.. shopping last minute rasanya. masing2 nak bawa balik buah tangan.


Salah satu bangunan hotel di situ.. keliling kawasan masjid dipenuhi hotel saja.


Itu masjid. Laulan balik ke hotel bila hampir waktu solat dan lepas waktu solat memang dipenuhi penjual2 kereta tolak. Masing2 menawarkan harga yg murah..murah...


Kadang2 beli dgn depa lebih murah padahal kualaiti dan barang sama saja dgn kedai.


Jam besar yg ada.. agak lengang masa ni... si baju2 oren dah mula bertugas selepas beberapa hari kes penghantaran pendatang2 asing sibuk dikatakan di media masa sana. So dalam seminggu juga kota Madinah dipenuhi sampah sarap kerana tiada org membersihkannya. Nak jumpa tong sampah? jgn harap la.. memang tak ada tong sampah.. Depa ni jenis buang sampah di kaki lima dgn harapan ada org akan bersihkan... sedih sekali.


Suasana malam memang hidup di sini. Seronok sebab tak panas.. boleh jalan2 cuci mata.. sopping2..


Bila lagi nak ke sini. Dua tahun lagi aku berazam nak bawa family aku mai sini Insyaallah. Biar mereka merasa suasana tenang di sini... Ya Allah. Perkenankan permohonan kami..Amin.

Wednesday, April 16, 2014

Pasar Kurma

A141
Dan Dia lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaiton dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau. (Al-An'aam 6:141)


6 Muharram 1435H = 10 November 2013

Gambar2 kali ni hasil bidikan Rizam (suami Min). Tak terfikir aku nak amik gambar di sini sebab sibuk dok tawar harga kurma. Yg paling hebat bab ni suami K.Aziah, Halim. Kami yg lain follow je..
 


Punya banyak kurma.. berjenis2.. emmm..macam kita kat sini jugak la.. berjenis2 pelam..rupa nampak sama tapi nama berbeza.



Pasar Kurma letaknya dalam 5 minit saja dari Masjid Nabawi. Kalau dari Babussalam.. jalan terus pastu kona kiri.. kena lintas jalan 2 kali akan nampak pasarnya. Pergi lenggang kankung.. balik sewa teksi...hehehe
 

Depa kata kat sini murah.. emmm..aku rasa sama ja beli kat mana2 pun... harganya pusing pusing kat margin yg sama...


Mana satu pilihan hati? Aku yg bukan peminat kurma ni pun pening nak pilih bawa balik...


Ini kurma nabi.. sekilo boleh SR100. Ikut gred. Tapi yg paling aku suka.. pistachio.. badam.. dan gajus.. memang tak lepas peluang beli.. bawa balik boleh guna utk masakan selain makan gitu saja.


Ini di luar pasar... pilih jgn tak pilih.. tasbih, kitab, kopiah, songkok, minyak atar.. macam2 ada


Feveret souviner.. tasbih.. seutas pun kami tak beli. yg dibawa balik 2 utas pun adalah cenderahati tuan kedai sejadah. Terima kasih. Tuan kedai kata nak mai Malaysia.. tak sampai2 lagi ka? 

Tuesday, April 15, 2014

Ronda-ronda di Madinah

A267
Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji. (Al-Baqarah 2:267)


5 Muharram 1435H = 9 November 2013


Hari yang berbaki, kami menyusuri celah2 bangunan di kota Madinah...dari hujung ke hujung.. Jalan2 cari makan.. cari jualan.. Hingga hampir tak kenal jalan pulang... Hmmm.. ikut firasat hati.. Insyaallah tak sesat ke mana. Jumpa juga hotel nanti.



Kalau di Makkah, ambil saja makanan yg disediakan di setiap level. Di sini, setiap jemaah diberi kad kuning/oren ni. 50 bermakna KT50. Kata depa nak ambil makanan kena bawa kad ni. Bila bawa tak diminta pun.. budak2 jaga makan tu pun tak menang tangan nak edar makanan.



 Jemu dgn makanan disediakan, ronda2 ke kedai Turki. Nampak sedap nyum nyum... tapi bagi aku Alhamdulillah. Lebih sedap bila dicicah teh sebab crust dia agak keras. Nama nya wallahualam. Sudah lupa,


Cawan kertas bertangkai di kedai makan Indonesia. Ronda2 jumpa kedai makan depa. Restoren Bakso Indonesia ada tiga buah (yg kami jumpa sekitar Nabawi). Mereka beroperasi dari ruang makan hotel yg disewa. Macam2 adaaaa. Nasi goreng, bihun,roti canai, mee, soto, bakso, kuih muih dan nasi campur. Sedap? Alhamdulillah masuk juga tekak. Saja tanya2 di situ.. katanya mereka sewa 60K utk sekali musim haji utk buka satu restoren. Hmmm.. kenapa tak dak yg nak buka Restoren malaysia di sini? Utk musim haji saja... pelanggan depa memang ramai.. Indon n Malaysia.


Tak cukup duit la pulak nak soping cenderahati. Pi keluarkan duit di TH kat Hotel Haram. Bawa tag nama dan tadaaaa... ini print out bukti keluaran. Mudahkan? Jadinya.. tak payah la risau nak bawa duit berkepuk2.. TH dah sediakan kemudahan utk kita... Alhamdulillah.

Friday, April 11, 2014

Selepas bertahun-tahun

A061
Tidak ada salahnya bagi orang buta, dan tidak ada salahnya bagi orang tempang, dan tidak ada salahnya bagi orang sakit (jika masing-masing tidak menjalankan sesuatu perintah disebabkan keuzurannya menghendaki ia berlaku demikian), dan juga tidak ada salah bagi kamu (termasuk orang-orang yang tersebut turut sama) makan di rumah kamu sendiri, atau di rumah bapa kamu, atau di rumah ibu kamu, atau di rumah saudara kamu yang lelaki, atau di rumah saudara kamu yang perempuan, atau di rumah bapa saudara kamu (sebelah bapa), atau di rumah emak saudara kamu (sebelah bapa), atau di rumah bapa saudara kamu (sebelah ibu), atau di rumah emak saudara kamu (sebelah ibu), atau di rumah yang kamu kuasai kuncinya, atau di rumah sahabat kamu; tidak juga menjadi salah bagi kamu, makan bersama-sama atau berasing-asing. Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat (yang menjelaskan hukum-hukumNya), supaya kamu memahaminya. (An-Nuur 24:61)
  
4 Muharram 1435H = 8 November 2013

Pertemuan yang yang dirancang beberapa bulan sebelum kami menunaikan haji. Alhamdulillah, facebook dapat menghubungkan aku dengan Taib Iskandar.. rakan kenalan aku sejak di PPP Shah Alam hingga ke Tucson, Arizona. Juga menjadi shabat suami ketika di Tucson. Tambah2 pula suami dan Taib satu negeri berlainan daerah saja...

Taib telah bermukim di Yanbu sejak 2-3 tahun lepas. Sementelah kami di sini, apa salahnya mengambil peluang utk berjumpa teman lama. Cerita2 semasa dah tentu.. Tapi yg pasti cerita2 lama tetap muncul semula... maklumlah.. kenangan mengusik jiwa, mana mungkin dilupa.

Terima kasih banyak2 sudi bawa kami ke Masjid Quba. Ini first time aku nak masuk dan solat di situ. Masa ziarah hari tu aku off line.. duduk2 tengok perhati kat luar saja. Alhamdulillah... dapat juga merasa nikmat bersolat di sini. (Kali ke3 kami dating sendiri sewa van ramai2).

Terima kasih juga bawa kami ke ke masjid Qiblatain. Dapat solat sunat di sini tapi sayang.. ada jemaah wanita (dari negara #### pakai selipar hingga dalam masjid. Allahuakbar.. Penjaga di situ pun aku tengok buat donno ja. Seingat aku la.. yg masih waras ni.. aku snap satu gambar masjid ni dari depan. Alih2 bila aku semak balik galeri handphone aku tak lekat pun gambagnya. huhuuhu

Dibawanya kami ronda2 di Madinah.. kawasan yg confirm masa ziarah tak pi punya... kawasan shopping orang2 elit yg bawa lambogini maseriti bla..bla.. err... aku rasa la. Dan juga agak luar sikit di mana kawasan pembinaan keretapi utk Madinah Makkah sedang giat dijalankan. Gambar? Aiya... apsal aku tak amik gambar kat sini?


Malamnya.. Taib jemput kami makan di penginapan dia... hotel yg hanya 100meter dari penginapan kami. Kenapa tak pi rumah? Bukan di rumah dia sebab Yanbu dgn Madinah lebih kurang 2 jam perjalanan. Okey apa... Yang penting dapat jumpa. Alhamdulillah.. dapat makan macam2... Nasi kambing, ayam.. dan nasi unta. Daging unta tu aku jamah secubit saja. memang lembut daging tu... tapi aku tak leh pi la.. aku bau unta di situ...huhuhu. Macam daging kambing juga.. aku kurang minat (boleh makan) sebab ada aura kambing di situ...hahaha


Berselerak? Sabar je la.. nak makan kan? Tu yg di kiri macam ketul daging tu daging unta la.. Kenyang ngan nasi je la aku... berlaukan ayam sikit.. Sayur aku tak sentuh pun. Nampak plain, stail Arab memang gitu. Jadilah. Alhamdulillah.. aku segan sebenarnya... hehehe..

 

Lagipun bukan kami saja tetamu Taib dan Ira. Nampak tu? Itu makcik Ira bersama suaminya. Kami pun ikut panggil uncle.. Lepas makan sembang2.. posing2...


Tapi yg paling buat aku tak lena tidur lepas tu.. ini ha.. Kunafa. Sedapppp.. sampai la ni dok terasa kesedapannya lagi.. Of course la Arab dish... ia dilapisi dgn cream cheese (tu yg sedap tuu). Ira kata kalau nak sedap lagi tabur la pistachio tumbuk in between layer.. fuh.. terbayang2 ni.. meleleh.. Dalam buku 'Aroma Antara Benua-Roza Roslan" ada tapi mana mau cari itu bahan kunafa yg nampak ala2 bihun tu? Kat kedai Arab mana aku leh cari di sini... kat KL mugkin banyak.. Penang? huh.. kena carik jugak sampai dapat.

Yang best bab kunafa ni.. K.Aziah siap beli 2 biji hari sebelum balik.. Nak bawa balik Malaysia. Alih2 di airport Madinah.. sebab lapar punya pasal, sebijik jadi jamuan sapa2 yg ada dekat2 dia.. termasuk aku... lalalala mana boleh lepaskan peluang makan ini food.. banyak sedap ooo.. tak pa tak pa. Cerita pun tak guna.. nanti aku nak cari bahan2 dia juga.. err.. boleh ke pos dari Madinah Taib?

Tuesday, April 8, 2014

Nabawi

A058
Dan (kenangkanlah) ketika Kami berfirman: "Masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah dari benda-benda yang ada di dalamnya dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu sukai. Dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri); dan (mintalah ampun dengan) berkata: ' Ya Allah ampunilah dosa kami '; supaya kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu, dan Kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik". (Al-Baqarah 2:58)

3 Muharram 1435H = 7 November 2013



Waktu solat yang telah disediakan oleh pihak TH sepanjang tempoh jemaah hujung2 berada di Madinah.


Kubah hijau yang menggamit jemaah setiap kali ke sini... Rasa yg tak dapat digambarkan bila tengok kubah hijau ni.



Jemaah wanita yg menunggu giliran utk ke Raudah. Waktu ke Raudah adalah terhad buat wanita. Selepas subuh, zohor dan Isyak. begini keadaannya setiap kali aku ke sana.  Asal sampai depan pintu Raudah wuduk batal..huhuhu. Sekali je dapat solat tapi mak ai.. susah betul nak rukuk dan sujud. masuk dan berdoa saja yg aku mampu.. sepanjang temph di sana 3 kali aku dapat masuk.. Alhamdulillah. Akhirnya aku dapat juga solat di Nabawi sebelum pulang ke Malaysia.

Keadaan di situ terlalu padat dgn jemaah yg sesetengahnya begitu taksub dgn Raudah. Bertolak tolakan. Malah ada kejadian meninggal dunia akibat sesak nafas di sini. Subahanallah.. pahala yg dicari lain yg jadi bila masing2 mementingkan diri sendiri. AKu tak berlama2 di Raudah.. sesak nafas sebab asyik ditolak2...


Selaian raudah berkarpet hijau.. dapat jumpa Raudah Roslan (Roza) beberapa kali di sini bersama Sofea. Bolehlah bertazkirah kejap.


Suaminya pula (MKI) setiap malam selepas Isyak atau selepas subuh ada ceramah di hotel2 kediaman jemaah Malaysia. Ini masa di hotel kami. Full house.


Bahagian dalam Nabawi.. jgn sampai penjaga2 berpurdah namapk kamera.. karang diambilnya.  Ini bahagian yg bumbungnya terbuka bila tiba waktu. tak sempat aku nak perhati.


Siling dan tiang2 Nabawi.. bila dapat masuk aku perhati satu2... ya la.. Kat Malaysia mana ada masjid macam ni.. kan..kan..kan


Yang paling aku suka tengok perspektif ini...cantik..aku tak ambil banyak foto. cukup merakamnya di dalam minda kerana ia lebih bermakna...