Monday, May 26, 2014

Buat ais kerim sendiri

A021
Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. (Al-Baqarah 2:21)

Hari ni jom ikut pi belajag buat ais kerim. Selama ni dok beli ja.. apa salahnya kita buat sendiri. Rasa macam susah je.. tak pa.. kita tengaok dulu


Di RFC Enterprise dgn kerjasama Kolej Komuniti.. kami pi satu bas nak baut ais kerim. Chef ??? lupa la pulak dok explain kat depan ada yg dok sembang kat belakang..


Cikgu Kolej Komuniti pun ada... ruang belajar ada 3 meja utk 3 kumpulan.. elok2 utk 30 org. Kalau lebih aku rasa crowded sgt.


Sedang panaskan susu full cream. Bukan bagi didih.. panaskan saja.. Bahan2 pun tak banyak.


Ais kerim coklat saja yg guna telur.. yg lain tak guna telur pun.. mudah kan?


Nota bahan2 dah diberi. Kami cuma catat cara2 membuatnya saja.. memang sempoi..


Yg diajar pd kami aiskerim vanilla, coklat dan jagung. Semua mesti pakai krim putar. Yg penat tu menunggu utk putar hingga cream betul2 kembang..

Hasilnya? Aiya.. lupa la.. sudah masuk perut baru teringat mau ambil gambar. Sudah tak berguna lagi.. Tapi memang sedap... pasni mai kita pakat jual aiskerim dari rumah... 

Thursday, May 22, 2014

Lns-SP-PP-Lns-SP-PP...

A023
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (Al-Israa' 17:23)

 
Lama tak update.. mengah aku... minggu ni very the busy sikit. kalau entry lepas kisah abah di masuk spital. Minggu ni giliran mak pulak.

Mula pagi2 Isnin minggu ni, dari Lunas ke SP bawa mak p spital Sultan Abdul Halim. Admit utk knee operation. Pastu ke TH amik duit utk buat bank draft. Dah buat silap nilai pulak.. aiya.. kena buat lain.. Selesai yg tu aku pecut balik kampus.. kelas aku kul 3 aku gabung semua ke kul 4. Semput.

Selasa aku rehat jap.. nak buat hal aku lak.. hal apa nanti aku story.

Rabu pagi.. sekali lagi dr Lunas ke SP. Mak boleh operate pagi ni.. bila semua dah ready.. blood pressure naik pulak.. Dr soh tunggu.. tunggu punya tunggu ada pengumuman Kedah cuti sempena kemangkatan adinda Sultan/Agong.  

Aleh2.. cuti punya pasai, operation yg tak urgent semua tunda.. staf bilik OT semua cuti.. Dr pakar dapat cuti.. (dr biasa tak dapat). Bilik OT standby utk kes2 emergency saja.. Aiya.. tunda lagi. Aku pulak pecut balik kampus b4 kul 11. Kelas petang kul 4 mesti on. Lepas abis kelas kul 6 balik rumah mandi2 siap terus ke spital. Malam ni turn aku jaga mak.

Pagi2 Khamis tunggu kak aku amik shift baru.. aku kalut balik umah mak mandi siap terus ke opis b4 9am! Petang ni nak selesaikan urusan2 bank dan segala macam lagi. Pagi ni urusan kelas aku utk kul 1 tghari nanti. P SP? Tengok la esok lusa pulak. 

Wednesday, May 7, 2014

Dari PP-Pdg-SP-Lns

A083
Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat". Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya. (Al-Baqarah 2:83)

 Abah masuk wad ari Sabtu. Sib baik Pozan leh balik. dia la antag ke spital Sultanah Bahiyah AS. Hari Ahad n Seni Amet lak ada.. leh jaga kat spital sat.

 
Prosesnya hari Senin..petang baru leh wat.. tebuk utk batu karang. Aku pun Slasa petang off awai nak ke AS la konon. Tengok abah. Aleh2 abah dah boleh keluag wad... Abg.Dee amik balik Pendang. So, ke Pendang la kami.. mak pun ada situ.

Abah kata Dr cari batu tak jumpa. Padahal Ahad x-ray nampak ja batu tu... Abah lak macam tak masuk spital pun.. Mak pulak nak balik SP sebab TB depa rosak.. dia nak nonton TB9..TB Alhijrah. Kena la kami wak balik SP. Lepas magrib kalut balik Lunas la.. sebab Awang hensem belum dijemput dari nursery... Sib baik kat umah ja... Happy ja dia walau lambat dijemput...

Monday, May 5, 2014

Selepas 6 bulan

A271
Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Al-Baqarah 2:271)

Alhamdulillah... setelah hampir 6 bulan kami berpisah... bukan 6 tahun pun.. hehehe. kami berkumpul semula di majlis walimatul urus anak K.Milah.


Makan2 tak lama mana pun.. sembang yg lama. Gambar pun hanya dua keping yg ambil. Aku, K.Has, K.Aziah, Min n Maklong. K.Milah sibuk layan tetamu.. maklumlah tuan rumah. K.Leha dok sembang ngan K.Hasni di meja depan...


Geng haji2 ni cukup korum. Ashri, Rizam, Pak Long, Halim, Azahar, suami K.Leha dan suami K.hasni (baju biru). sakan depa sembang.

Sayangnya kami tak boleh berlama2.. perlu segera ke A.Setag hantag kakak n Angah balik asrama. Kena singgah SP lagi utk tinggalkan wira bagi adik aku guna. Terima kasih semua dapat datang pada masa yg ditetapkan. Insyaallah kita jumpa lagi di lain masa andai ada umur diizinkan Allah.

Friday, May 2, 2014

Idul Ilmi

A021
Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. (Al-Baqarah 2:21)


29 April 2014 = 29 Jamadilakhir 1435H


Majlis Idul Ilmi 2014 (bersamaan majlis penyampaian hadiah) Maktab Makmud Alor Setar. Disempurnakan oleh Tunku Intan Syafinaz Ibni Tuanku Abdul Halim.Tak salah aku biasanya Tuanku Abdul Halim mencemar duli ke sini tapi mungkin kerana baginda sbg Agung sekarang, maka TIS yg menggantikan.


Ramai penerima.. Biasalah.. pompuan lagi ramai dari lelaki. Hadiah2 utk pelajar terbaik 2013 tingkatan, PMR, SPM, STAM (sijil tinggi agama after form 5), SRAMM (sijil rendah agama masa form 4). Pelajar terbaik 2013 utk aliran ekonomi, perakaunan dan sains semuanya perempuan. Yg bestnya aliran ekonomi itu orangnya dari Sabah bah! STAM dan SRAMM pun perempuan melebihi lelaki samada utk mumtaz sufi atau mumtaz.


Kami hadir utk kakak menerima PMR 2013.. lelaki dlm 27 kut.. perempuan 52. 


Majlis selesai selepas 3 jam bersiaran. Jamuan makan tengahari disediakan utk semua yg hadir.


Pelajar2 9A utk PMR 2013. Utk majalah sekolah katanya. Tahniah buat semua penerima.