Tuesday, August 19, 2014

Lawatan JSKM ke CAP

A088
Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman. (Al-Maaidah 5:88

Buat pertama kalinya jabatan aku mengadakan lawatan yang boleh dikatakan akademik  la juga.. ke Persatuan Pengguna Pulau Pinang, CAP.

 
 
 Ketibaan kami disambut Pn.Saleha, salah seorang staf di situ. Bangunan CAP merupakan bangunan zaman British yang ada sejarahnya sendiri.  AKu tak tanya lanjut.. tapi boleh nampak di dalamnya tida ubahsuai.. kekalkan seperti sedia ada.


Sampai ja sana, terus masuk bilik yang disediakan kerusi rotan ni... terasa klasik kejap.. Di situ, Mr.Lim terangkan apa yag akan kami lalui selepas ni.


Sesi 1: Taklimat oleh Mr.Lim mengenai bahaya kosmetik2 di pasaran...hmm... sapa yg rajin bersolek tu.. bolehlah pikirkan...



Diikuti kandungan gula berlebihan dalam makanan.. ho ho ho.. ini yang masalahnya. milo? vico? sos cili? Nak kena tamanam pokok koko la pasni.. pastu semai cili n prodes buat sos sendiri... Air gas memang dah lama tahu dan aku pun memang tak suka minum.. yang paling best MAGGI MEE. Dah tahu bahaya.. 136 bahan berbahaya ada dalam tu... pada peminat tegar maggi.. sila ambil perhatian.


Sesi 2: Kami dibawa ke kebuh organik dan tanaman herba. yang suka bercuck tanam memang teruja bila sampai di sini. K.Sha, Koni, K.Hanim, K.Sarina.. bersemangat membeli belah di sini,,


Termasuklah cara2 menyediakan baja organik sendiri di rumah. Yang ini menggunakan kaedah pembiakan cacing. Juga diterangkan cara membuat penghalau serangga sendiri. Iaitu.. campurkan telur (dgn kulit2nya sebiji gitu saja) dalam air lemon dan dibubuh gula merah. Biarkan 2-3 minggu hingga telur tu larut. Taraaa.. dah boleh sembur pada tanaman.


Ini perbincangan pihak2 bertanggungjawab memantau perjalanan lawatan... hahaha.. depa ada cerita sendiri kat situ..

 

Aku siap tanya.. buat apa tanam lalang ni? At least.. aku tanya.. ada yg kata rumput.. ada yg kata padi.. hohoho.. semua salah wei.. ni pokok ragi.. bunganya digunakan utk buat ragi.. ragi yg orang guna masa buat roti tu..


Selesai di kebun.. Masuk dalam balik utk Sesi 3. penerangan ringkas tantang pencemaran dan kesannya. Diikuti taklimat dari naib Presiden CAP dan akhir sekali Presiden CAP.


Akhirrrr sekali. Penyampaian cenderahati pada Presiden, SM Mohamed Idris. Ikut kata Farah usianya hampir sama ngan Tun Mahathir. Selesai majlis ni.. beramailah shopping buku2 yg ada kat belakang tu. Pastikan beli dan baca ya.. jgn beli buat pameran di rumah pulak..

Thursday, August 14, 2014

Hari Anugerah 2014

A001
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (An-Nisaa' 4:1)


Tahun lepas Yah no3. Majlis bulan 5. Masa aku pi haji Yah tukag sekolah sat ke Sg.Petani. Hujung tahun exam dapat no 1. Sekolah tu buat penyampai hujung tahun.. Yah dapat lagi. So tahun 2013 Yah dapat 2 kaliiii. Tahun ni Yah ambil semula takhta no 1.


Budak kecik ni sibuk tanya. Yah buat apa mai sekolah? Yah nak amik apa? Orang tu buat apa? Amik hadiah nak buat apa? mak aiiii


Penyampaiannya nuuun di kantin bawah bangunan. Ni dewan terbuka utk budak2. Depa ni kena mai 7.30am.. aku antag Yah 8.45am dgn harapan tak payah tunggu lama2. Aleh2 giliran tahun 5 patutnya kul 10 dah jadi kul 11. Puncanya? Paham2 je lah bila ada orang berucap melebihi masa. Pada aku ia satu sikap yg perlu dielakkan sebab sudah mencuri masa orang dan masa majlis.. Letih mau tunggu.


Bersama Aina di tempat kedua. Biasanya si Adam.. memang Adam no2 pun.. share dgn Aina.


Giliran tahun 5. Lepas dapat terus cabut sebab nak ke rumah cikgu, rumah kawan dan Alor Setar antar kakak. Tahun depan kita mai jam 9 lebih la Yah... and make sure Yah is no.1 not Adam.. heheh 

Thursday, August 7, 2014

Aidilfitri 2014

A009
Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh keampunan dan pahala yang besar. (Al-Maaidah 5:9)

Giliran raya tahun ni semua berkumpul di Sg.Petani... memang riuh rendah la...

 

Hari akhir berbuka posa ramai2... masing2 tak sabag2 tunggu azan... baik yg posa apatah lagi yg tak posa...


Cucu lelaki yg besag dia dok jauh sikit sebab cucu2 lelaki kecik2 lagi.. masing2 tengok je pinggan..

 

Abis ja berbuka dan solat.. ni aktiviti wajib.. diketuai oleh yg baju hitam tu... supplier lagi tu... berbaris la anak2 buah ngan bapak2nya sekali nak amik bunga api..


Mercun boih boih ka apa ka tak tau la... nak kena pantau gak ni.. bukan boleh harap sgt..





Pagi raya berderet la kat parking ni.. tak cukup satu sebab dia kena gheja pagi2 raya. Tahun ni turn dia gheja.. tghari baru balik..



 Ni cucu2 yg tak cukup umog lagi ni... yg lain semua dah besag.. asyraf.. aulia.. solha.. lili.. akashah dan emad.


Susah betoi nak amik gambag dia. Sampin pun pinjam akasyah punya sebab emad nak sampin besag..


Beria2 je 3 teruna ni nak ke surau... yg kecik tu pun sakan juga hari ni... orang dah abih makan wei.. balik la.. makan kat umah pulak..


Anak dara ramaiiii.. hampa buat la pulak.. aku dah letih ni...


Masa utk menggoreng... kalau dah ada begedil tu maknanya soto la kali ni.. kenyang sepanjang hari sebab ada rumah jamu sate n laksa. Ada rumah nasi dagang. Ada rumah meehon sup..


Tak cukup lagi ni... cucu tok Minah ngan ngan tok Mezon bercampog... tok Minah 17 tok mezon13.. ni mana cukup ni... Monopolinya anak2 dara la..


Malamnya... letihhhh.. aku pun dah nyut2 kepala ni... panas sebab sepanjang hari bertudung.. Sabar je lah. Esoknya raya kedua dah berkurang.. Sorang balik Bukit raya pendang.. next cabut balik Kodiang.. pastu sorang lagi Semanggol.. n Kami pun balik Lunas.


Selalu lepak kat SP or ulang alik dari rumah selama seminggu cuti raya. This time my laki ajak balik BP la pulak.. so b4 maghrib tu kami pun bertolak balik.. henti solat.. tidor lagi.. sampai la BP masa azan subuh Raya ke3.

Balik semula Jumaat pagi.. Sampai dah petang. Sabtu lak hantag budak2 balik asrama.. bila nak beraya? Dah ke AS tu terus la ke umah sedara2 yg sempat... next week susun kat SP pulak la mana yg tak jumpa lagi.. Open house sendiri? Tak de nye.. nak mai bagitau then aku bole masak special...