Friday, March 27, 2015

17 Februari-hari akhir di Madinah

A161
Sesungguhnya orang-orang yang kafir, dan mereka mati sedang mereka tetap dalam keadaan kafir, mereka itulah orang-orang yang ditimpa laknat Allah dan malaikat serta manusia sekaliannya. (Al-Baqarah 2:161) 
 
 
 
Inilah hotel penginapan kami. Sebab kami bertujuh (Emad tak ambil katil), kami diberi bilik suit yg ada dua bilik tapi 1 bilik air. huhuhu.. mana sempat satu toilet nak guna 8 org. Kena tunggu giliran macam kat asrama la pulak. Lepas satu-satu. Tu belum bab ada yg sakit perut ka.. Anyhow.. semua ok... lif dekat. Senang nak tolak wheel chair.
 
A162
Mereka kekal di dalam laknat itu, tidak diringankan azab sengsara dari mereka dan mereka pula tidak diberikan tempoh atau perhatian. (Al-Baqarah 2:162)
 
 
 
Berhadapan hotel kami, bangunan hotel ini. Sebelah hotel ni (short cut ke masjid) ada jalan under construction. So, agak berdebu. Cuma kenderaan tak lah terlalu banyak.
 
A163
Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah 2:163
 
 
 
Nak pi solat sbuh ni. Budak ni pagi ni tak mau jalan kaki or dok atas wheel chair ngan tok. Mau patah bahu gak dukung beban 14kg ni nak jalan 100m lebih.
 
 
Kakak tolak tokwan tertinggal di belakang. Jalan ke masjid bahagian ni rata.. ke depan sikit turun kena control takut terlajak. Tapi masa bali... menaik pulak.. hah. Kerah tenaga la jawabnya nak tolak.
 
 
A164
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran. (Al-Baqarah 2:164
 
 
 
Pintu Babussalam utk lelaki sahaja. 2 petang berturut2 dibuat tazkirah berhampiran sini utk kumpulan jemaah Juara Travel.
 
 
A165
(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan  kezaliman itu). (Al-Baqarah 2:165)



Laluan kami ada masjid ni. Aku perasan masa siang... ramai jemaah dari Turki dan sewaktu dgnnya (aku agak2 ja la) berkumpul, bergambar di depan pintu masjid ni. Masjid ni berkunci dan tak digunakan. 


Masa orang kurang di sini, aku pun pi dekat2 nak tengok. Kenapa ramai yang bergambar di sini? Masjid Saidina Ali? Lupa la pulak nak tanya ustaz kalau2 mereka tahu tentang masjid ini. Tentu ada sejarahnya. Satu hari aku mesti tanya tentang masjid ni...

Thursday, March 26, 2015

ZIarah Luar - 16 Februari

A156
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (Al-Baqarah 2:156)
 
 
Hari untuk ziarah luar Madinah. Kawasan liputan sama seperti musim haji. Rasa malas nak ikut. Tapi kesian kat anak2 yg pertama kali datang. So... ikut jugak. Mak Abah pun ikut. Bukan turun bas pun. Nak tengok2 saja.
 
Awang kecik ni.. usung kapal terbang dia. Asyik pasang yg tu saja. Aik... nampak macam ada benda lain ya? Nanti kita tengok.
 
A157
Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya. (Al-Baqarah 2:157)
 
 
 
Ini barang Emad yang punya. Ini hasil belian dia. Semua diangkut naik bas. Kapal, bas, train dan unta. Semua dgn talbiah. Tempat duduk dia tak cukup.. kena la letak kat kakak2 sorang satu. Dia.. senang2 ja makan ya.
 
A158
Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya. Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah 2:158

 

Sesi lawatan sudah pasti bermula dengan Masjid Quba dahulu. Boleh baca di sini. Solat sunat di sini bersamaan mengerjakan satu umrah jika wuduk diambil dari tempat tinggal. Punya la ramai orang masa tu. Macam musim haji. Nak tolak wheel chair pun susah sebab semua pakai laluan yang sama.

A159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. (Al-Baqarah 2:159) 



Dari Quba.. terus ke ladang kurma. Buat syarat untuk melihat pokok kurma dari dekat. Masa ni musim kurma berputik. Mutawif dah bagitau.. kurma di sini mahal. Tapiiii.... jemaah beli juga. Sebabnya mungkin buahnya elok. Mahal pun tak pa. Tidak ada ruginya.

Aku? Beliiii... buah zuriat pesanan sahabat. Dan kacang kuda pilihan Emad. Dia ingat apa gamaknya terus dipegang bungkusan kacang. Yang lain nasib baik dia tak nampak gula2 yang berlambak tu.

Selesai di sini, kami ke Bukit Uhud. Di sini aku tak turun bas. Biar anak2 saja turun melihat sejarah yang masih ada untuk dikenang.

A160
Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah 2:160



Dalam perjalanan balik, singgah pula pasar kurma. Hah.. di sini baru aku borong sikit. Kurma.. bagi laki aku beli... aku cari kekacang untuk buah tangan sahabat2. Balik hotel, dah kalut nak ke masjid sebab dah masuk zohor. Penat.. dan tak sempat ke masjid. Huuu

Malamnya, ada orang ajak ke Raudah. Aku rasa nak ikut. 10.30 malam berkumpul. Bila dah pukul 10.. aku dah penant..Ingat nak pi dengan Angah. Ngantuk sangat2 tak jadi ikut. Esok pagi bila jumpa geng ke Raudah, Katanya mereka pulang jam 2 pagi! Oh tidak... Jam dua pagi pulang hotel.. 4 pagi mau ke subuh pula. 

Insyaallah.. moga Allah menjemput aku lagi ke sana dan memasuki Raudah dengan mudah. Aku belum sempat solat di situ termasuk masa musim haji... huhuhu

 

Monday, March 23, 2015

Subuh dan Raudah - 15 Februari

A151
(Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui. (Al-Baqarah 2:151)

 

Hari ni kami dapat subuh sama2 di Haram. Dari hotel, pintu terdekat ialah Babussalam. Pintu lelaki. Pusing menuju pintu wanita....Dah pehuh! Pusing lagi.. pun tutup sebab penuh hingga tangga. Tapi aku pasti kat dalam  mesti ada kosong. Jadi aku bawa mak n anak2 ke pintu Affan ( kalau x salah pintu 25 kut). Bole masuk. Kosong pun banyak lagi. Alhamdulillah .

 

Subuh di Madinah dalam pukul 4 lebih (sejam awal dari Malaysia). Ketika hampir azan kami tiba. Emad nampak segar saja. Dapat ruang betul2 depan dinding kayu ni. Jadi agak selesa sebab tiada yang datang menabah barisan di depan.


Ada ruang utk Emad duduk.. dan tidur sekali sebab tepi tu dah rak kasut. Masa ni dia segar bugar sebab sibuk nak guna spray utk wuduk tu. Disemburnya tangan dan kaki macam dia reti berwuduk.
 
A152
Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). (Al-Baqarah 2:152)

 

Selepas solat subuh, berehat2 sekejap. Berzikir.. berdoa.. baca Quran. tapi buda sorang ni dia ada agenda sendiri. BERSELFIE!

 

 Ini gambar Emad jugak yg ambil Tapi cara dia ambil agak pelik. Kaedah selfie. Hp diarah ke sasaran, main tekan ja punat ambil gambar.

 
Bila suruh ambil gambar tok, pun cara yang sama digunakan. Tepat pulak tu.
 
A153
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar (Al-Baqarah 2:153)

 

Budak ni dah tak mengantuk. Jadi boleh la dibawa ke Raudah selepas ni. Nak ke Raudah kena tunggu giliran. Memang lama betul. Angah tolak tok ikut barisan kerusi roda. Katanya hanya sorang saja utk satu jemaah berkerusi roda.

A154
Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Agama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. (Al-Baqarah 2:154

 

Jadi, Yah ngan kakak serta Emad aku bawa ikut kumpulan jemaah lain. Biar mereka tahu suasananya.  Di sini yang lama sangat. Emad sudah tak senang duduk. Bila tiba giliran.. meluru masuk sambil dukung Emad. Nak solat di Raudah? Hmmm... tak dapat la jawabnya. Dgn Emad berdukung, nak tengok kakak n Yah lagi. Pesan aku.. berdoa banyak2 apa yg hampa nak. Sini la peluang hampa. Nak solat tak dak ruang sebab ditolak2.

Keluar dari raudah.. Eh. Angah ngan tok belum masuk lagi la. Masih dalam barisan tapi sudah hampir. Untung Angah dapat solat sebab ruang utk mereka menolak kerusi roda sudah ada. Cuma tak dapat mersa suasana berebut2 tadi.
 
 
A155
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Al-Baqarah 2:155)


Keluar dari Raudah sudah hampir jam 10. Wah.. dari subuh hingga sekarang sudah berjam2 kami di dalam. Belum makan lagi ni. Lapar..

Di luar.. Emad tuntut mainan tadi. Kapalterbang dibeli semasa hendak ke Haram. Di pintu masuk kena tahan. Mainan tak dibenarkan. Puas minta.. akhirnya dibenarkan tapi sembunyi dalam beg. Tak sabar dia nak dengar talbiah dari mainan ni. Ada pula yang tertarik dgn Emad dan mainannya. Hari ni.. dengar talbiah saja la kami dalam bilik tu... Hmmm


Friday, March 20, 2015

Masjid Nabawi

A146
Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian). (Al-Baqarah 2:146)
Kami tiba di Madinah sudah petang. Menunggu bilik siap untuk masuk sudah hampir jam 3. Makanya, jamak zohor dan asar sahaja di bilik. Maghrib baru berkesempatan ke masjid beramai2. Tidak ada sesi ziarah dalaman seperti musim haji. Jadi, pandai2lah menuju pintu mana yang boleh dimasuki.
 
A147
Kebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi dan Nasrani) itu (wahai Muhammad), adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu. (Al-Baqarah 2:147)
 
Membawa mereka ziarah junjungan kita terlebih dahulu. Sampaikan salam buat Rasulullah dan sahabat2 baginda. Kemudiannya terus pusing masjid ke arah perkuburan Baqi' sekadar memberitahu anak2 di situlah jenazah2 disemadikan. Teringat musim haji dulu. rasa sebak la pulak.
A148
Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-Baqarah 2:148)
Aku bawa mereka ke pintu 25. Pintu yang biasa aku masuk setahun dulu. Pintu lain yang hampir ke kawasan lelaki kalau waktu azan memang tak boleh masuk dah. Jemaah hingga ke tangga. Seperti biasa, dataran ini menjadi saksi jemaah2 yg datang dari seluruh dunia.
A149
Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan. (Al-Baqarah 2:149)
Senibina masjid ini memang sentaisa mengkagumkan aku. Binaanya penuh seni. Berada di dalamnya amat menenangkan sekali walaupun kedengan bunyi anak2 kecil menangis dan menjerit. Perkara biasa di sini. Alhamdulillah Emad tak buat perangai macamtu.
 
A150
Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi (sebarang) alasan bagi orang-orang (yang menyalahi kamu), kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka (ada sahaja yang mereka jadikan alasan). Maka janganlah kamu takut kepada (cacat cela) mereka, dan takutlah kamu kepada Ku (semata-mata); dan supaya Aku sempurnakan nikmatKu kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar). (Al-Baqarah 2:150)



Selepas solat isyak kami balik hotel. Penat masih terasa. mak tak ikut masa ni sebab masih kepenatan. Raudah? Esok kita cuba ke sana. Balik rehat dulu.


Friday, March 13, 2015

Perjalanan ke Madinah

A141
Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang telah mereka usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang mereka telah lakukan. (Al-Baqarah 2:141)
 
 
 
Dalam perjalanan ke Madinah, kami henti rehat di sini. Menurut kata staf Juara yang bersama kami, nama tempat ni Al-Fariq. Ada masjid, ada kedai runcit dan kedai makan.
 
 
 
Masjid di situ. Aku tak masuk ke dalam. Sekadar milaht dari luar. Sekurang2nya ia selesa untuk bersolat.
 
 
Di seberang jalan, kelihatan seperti ada sebuah lagi bangunan seperti masjid. Cuaca masa ni sejuk dan nyaman.
 
A142
Orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata: "Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Timur dan barat adalah kepunyaan Allah - (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah mengadapnya, wajiblah kita mematuhiNya); Allah yang memberikan petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus". (Al-Baqarah 2:142)

 

 Satu-satunya makhluk Allah bernama anjing ini yg aku jumpa sepanjang 2 minggu di tanah haram. Dan sepanjang musim haji 2013, seekor pun aku tak pernah nampak. Alangkah seronoknya kalau mahkluk ini juga kurang kelihatan di Malaysia.


Kedai runcit yang ada. ramai jemaah membeli keperluan makanan. Emad minta ais kerim... Sejuk la. Nanti batuk nanti. Tunggu sampai hotel dulu ya baru kita beli ais kerim.



Kedai makan bersebelahan dengan kedai runcit tadi.
 
A143
Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman). (Al-Baqarah 2:143)
 
 
 
Itulah bas yg kami naiki. Hampir sejam di sini. Tandas di masjid tadi atau di belakang kedai makan tu. Walau tandasnya tidaklah bersih sangat, sekurang2nya ia lebih baik dari yg ada semasa musim haji dulu. Boleh baca di sini. 
 
 
Sejuk2 ni.. pekena teh panas memang best la. Boleh order teh susu panas. Tapi jangan order roti canai ya. Ini bukan tempatnya.
 
A144
Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan. (Al-Baqarah 2:144
 
 
 
 Makanan dah disediakan. Makan dalam talam kita. Macam nasi mandy. Nasi Arab bagi aku sama saja.. mandy ka, khabsa ka.. semua serupa ja.
 
 
 Mak pulun makan sungguh. Sedap betul dia kata. Tak macam yang dimakan di Malaysia. Ayam pun diratahnya abis. Puas hati makan.
 
 
 
Tak cukup meja? Kita makan sambil bersila. Boleh regangkan kaki juga lepas lama sangat asyik terjuntai atas flight dan atas bas.
 
A145
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau bawakan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, akan segala keterangan (yang menunjukkan kebenaran perintah berkiblat ke Kaabah itu), mereka tidak akan menurut kiblatmu, dan engkau pula tidak sekali-kali akan menurut kiblat mereka; dan sebahagian dari mereka juga tidak akan menurut kiblat sebahagian yang lain. Demi sesungguhnya! Kalau engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka setelah datang kepadamu pengetahuan (yang telah diwahyukan kepadamu), sesungguhnya engkau, jika demikian, adalah dari golongan orang-orang yang zalim. (Al-Baqarah 2:145)

 

Di luar kedai makan, ada penjual madu dan kurma datang. Katanya madu asli. Pemuda yang berdiri memakai topi ini sangat fasih berbahasa Melayu! Pandai dia tarik pelanggan. Memang ada yang membeli madu mereka.  Lebih kurang sejam di hentian rehat ni, kami pun bergerak ke Madinah. Ada 2 jam lagi katanya.

Dalam perjalanan semula, bas henti di sini. Ada apa ya? Ooo.. driver nak ke tandas rupanya. Jemaah pun nak pi juga. Ada yang turun ambil angin saja. regang2kan otot. Emad? Budak ni Alhamdulillah. Sepanjang jalan tak buat hal walaupun lama. Seronok dapat naik bas la tu.