Friday, May 13, 2016

MASJID JUBLI PERAK SULTAN ISMAIL PETRA (MASJID BEIJING)

A038
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan".

Hari kedua di Kota Bharu, merayau2 mencari lokasi untuk diziarah. Salah satu daripadanya Masjid Beijing. Terima kasih Ilah atas saranan menarik ini.


Terasa macam kat negara China la pulak bila berada di sini.. errr bila tengok masjid ni. Senibinanya memang mengkagumkan.
A039
Lalu ia diseru oleh malaikat sedang ia berdiri sembahyang di Mihrab, (katanya): "Bahawasanya Allah memberi khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakanmu seorang anak lelaki bernama) Yahya, yang akan beriman kepada Kalimah dari Allah, dan akan menjadi ketua, dan juga akan menahan diri dari berkahwin, dan akan menjadi seorang Nabi dari orang-orang yang soleh". (A-li'Imraan 3:39)


Carta organisasi. Tak sempat nak belek lama2 sebab ada destinasi lain hendak dituju.
 

Ketika menaiki tangga utama bahagian depan. Tak sabar melihat ruang dalamnya bagaimana. Singgah untuk solat dhuha saja di sini.
A040
Nabi Zakaria berkata:" Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal sebenarnya aku telah tua dan isteriku pula mandul?", Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya, Allah melakukan apa yang dikehendakiNya". (A-li'Imraan 3:40)
 

Ruang dalam tapi bukan ruang solat lagi. Masih boleh dikatakan ruang luar yang pastinya penuh bila tiba hari Jumaat.


Ni baru betul-betul dalam. Bahagian mimbar masjid.


Hiihi.. teringin palk nak selfiekan chandeliar ni. Sabo je la.

Bagi sesiapa yang berkunjun ke Kota Bharu untuk jalan2 cari makan, makan angin, bercuti atau apa saja, singgahlah di masjid ini untuk mencari sedikit kelainan. Cukup sekadar solat tahiyatul masjid atau solat dhuha(andai anda waktu).


No comments:

Post a Comment