Thursday, May 26, 2016

MASJID KAMPUNG LAUT

A044
Peristiwa yang demikian ialah sebahagian dari berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka mencampakkan qalam masing-masing (untuk mengundi) siapakah di antara mereka yang akan memelihara Maryam. Dan engkau juga (wahai Muhammad) tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka berkelahi (tentang perkara menjaga dan memelihara Maryam). (A-li'Imraan 3:44)

Impian aku untuk ziarah masjid tetua ini tercapai akhirnya. Dari pintu pagar kawasan sudah jelas senibina lamanya. memang terujanya berbeza andai sudah mengetahu sejarah sebenar masjid ini.



Bole baca di sini tentang sejarah masjid yang dibina tanpa menggunakan sebatang paku! Dan masjid ini dipindahkan daripada tapak asal di mana ia dirombak dan dipindahkan ke Nilam puri. Kemudian dibina semula seperti yang asal.
A045
(Ingatlah) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) Kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah). (A-li'Imraan 3:45)

Ini gambar dari bahagian belakang masjid. Semuanya daripada kayu. Anak aku tanya.. ibu kata tak dak paku, ni awat paku banyak kat masjid ni? Hahaha.. memang la banyak.. nak bagi kukuh sebab proses pindah-pindah dulu. Asal dibina mana guna paku. Hebatkan orang-orang dahulu!


Wakaf-wakaf yang dibina di tepi masjid. Terasa tenang dan nayaman bila berada di sini.



Di bahaian belakang masjid terletaknya pusat penajian 3 tingkat.. aku lupa la pulak pengajian apa.. pengajian Islam dan tahfiz ke apa ntah aku lupa.
A046
"Dan ia akan berkata-kata kepada orang ramai semasa ia masih kecil dalam buaian, dan semasa ia dewasa, dan ia adalah dari orang-orang yang soleh." (A-li'Imraan 3:46)


Bahagian dalam masjid agak muram sebab tidak dipasang lampu. Dan juga warna kayu yang gelap juga membuatkan ia nampak agak kelam.
 

Mimbar dan saf yang tersedia.


 Pintu masuk dari belakang.

Bulan ini aku ke sana lagi. Bolehlah singgah di masjid ini lagi. Sebabnya aku nak hantar kakak sambung assai pengajian Islam dan sains Um di sini. Bangunan UM betul-betul di seberang jalan masjid ni. Alhamdulillah.
 

No comments:

Post a Comment