Friday, May 20, 2016

Rantau Panjang-Nilam Puri-Pasir Mas-Tumpat

A041
Nabi Zakaria berkata lagi: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah bagiku satu tanda (yang menunjukkan isteriku mengandung)". Allah berfirman: "Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga hari (tiga malam) melainkan dengan isyarat sahaja; dan ingatlah kepada Tuhanmu (dengan berzikir) banyak-banyak, dan bertasbihlah memuji Allah (dengan mengerjakan sembahyang), pada waktu malam dan pada waktu pagi". (A-li'Imraan 3:41


Pagi hari kedua. Dalam perandangan yang tiada rancangan sebenarnya.. hahaha. Mana2 tempat dicadangkan kami cuba jejaki. Bersarapan di sini. Sayangnya tiada roti canai untuk Emad.. huhu. Makan nasi berlauk yang dibungkus siap-siap2. Jadi, tak dapatlah nak lepak-lepak di Restoren Lepak-Lepak. Lain kali kita cuba lepak betul2.

Destinasi pertama pagi ni Masjid Beijing (entri sebelum ini). Tak perasan pulak dah lalu sini semalam. Sebabnya tak sangka ianya sebuah masjid. Dari sini kami terus ke Rantau Panjang. Syurga untk kaki shopping. Dari dalam kereta aku memerhati.. memang banyak kereta masuk ke pintu bebas cukai ni. Kami takkeluar kereta langsung. Pusing cukup satu round, dah.. jom  ke tempat lain. Hahahaha. Kalau dah bukan hantu shopping macam aku ni, tengok2 gitu2 dah memadai.

 

Dari Rantau panjang kami ke Masjid Kg.Laut dahulu di Nilam Puri (entri akan datang). Sebenarnya nak ke Pasir Mas tadi. Orangnya tak ada jawab phone (mana pulok ginye cik nanie ni). Bila dah jawab.. apa lagi.. tengah lapar ni. Nasib baik En.Suami ikut ja. Jem pun kami redah juga sebab nak jumpa tuan badan yang dah bertahun tak jumpa ni. Masuk keluar celah kampung mana pun kami tak tahu. Ikut ja arahan En.MAP. Dan jalan ke rumah Cik Nanie ni berkali2lah kami lalu hari ni.
  

Alhamdulillah. Rezeki kami tengahari ni. Terima kasih Cik Nanie. Aku tak makan ulam tapi lauk yang lain.. sedap weiii. Ulang ratah lauk ler aku. Dua hidangan tuh. Kenyang..kenyang. 


Jumpa kawan. Emad tak tau nama kawan Emad. Emad tak tanya. Hahaha.. yang lawak tu depa cakap macam ayam iktik! Sorang cakap Kedah sorang kecek Kelate. Ikut suka hampa la. Janji tak gaduh sudah. Puaslah main pasir hari tu.

 

Inilah tuan rumahnya. Narnie yang manis tuuuu. Dari dulu hingga kini kekal manis. Terima kasih banyak2 Nanie sudi terima kami siap jamu makan lagi. Yang baju putih tu sapa eh? Hahaha.. Iffah yang comel. Sanggup datang dari mana2 ntah dengan En.ShahrukhKhan dia kerana nak jumpa akak sorang ni. I'm very honored to have you both here. Insyaallah kita jumpa lagi. Mai la Penang pulak. Ramai lagi rindu kat korang di sini.
A042
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! Sesungguhnya Allah telah memilihmu, dan mensucikanmu, dan telah memilihmu (beroleh kemuliaan) melebihi perempuan-perempuan seluruh alam (yang sezaman denganmu). (A-li'Imraan 3:42


Balik dari rumah Nanie, nak menuju ke Tumpat pulak. Ada yang cadangkan ke Pantai Sri Tujuh. Nak jugak tengok apa yang ada di sana. Sekali lagi En.MAP membantu. Laluan kampung pun tak kisahlah.. boleh juga tengok kampung2 di sini. Cuci mata. Ini saja nak kasi can Kg. Ampung Padang Mandol masuk blog, hahaha. Ntah2 mu pun tak tau kat mana Nanie ye.. Sepanjang perjalanan memang masjid di sana-sini. Mudah dicari.


Pantai Sri Tujuh. Bahagian ini lebih kepada teluk nampaknya. Di sinilah terletak satu lagi muzium yang jauh dari muzium2 lain. Muzium Wau. Nak masuk pun dah tutup jam 5pm.


Sudahhh. Menjadi mangsa ajakan Emad la pulak. Dia tak nak naik dengan kakak2nya. Ibu ngan abah kena naik. Hmmm... naik jugak la dalam 20 min sekali bayaran. Rupa2nya boleh nampak dasar tasik ni. Agakakan aku dalam 2-3 meter dalam. Memang ramai petang tu di sini untuk riadah dengan keluarga.

 

Yang paling tak boleh lupa di sini...aiskrim kelapa. Sedap gila! Ada aiskrim dah tentu, kelapa dan airnya, kacang, jagung, pulut. Dan yang kanan tu ada extra kerisik! Dua tuan berbeza harga RM5 sebiji. Memang mabeles! Mabeles! bak kata Jarjit Upin&Ipin. Kena tunggu nyior depan umah berbuah balik la. Nanti aku nak buat camni. Hmmmm yummyyy!
A043
"Wahai Maryam! Taatlah kepada Tuhanmu, dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan sembahyang) bersama-sama orang-orang yang rukuk ". (A-li'Imraan 3:43) 


Seharian meronda2, malamnya kami dinner di sini. Atas jemputan sahabat/kakak/keluarga yang lama kami kenal. Mencari2 la jugak restoren ni sebab dalam google namanya lain sikit.


Masuk hadapan restoren aku dah pelik. Mana restorennya? kaunter depan dah macam kaunter hotel! Rupa2nya restoren di belakang. Susunan dah macam round table function! Fuh. Tercenngan sekejap aku. Tak terkata apa2. Ai folo je la. Nak makan apa pun ikut tuan rumahlah.



Tadaaaaaa. Inilah tuan rumahnya. Abg.Bukhari dan K.Ani sekeluarga. Selepas 20 tahun. Hasil-hasilnya begitu ramai.. hahaha. Iman yang dukung anak di sbelah suami berbaju merah. Hidayah bertudung hitam (besar dari Cik Aina niii). Rahman YMCA (trademark ni..hahaha) di Mesir. Lepas tu aku dah tak ingat nama anak2 K.Ani.. 3 perempuan dan sorang lelaki (tukang amik gambar). Yang lain2 tu hasil sebelah aku ngan En.Suami lah..hihi.

Really wish kalau leh jumpa Rahman.. Iman dan Dayah.. nape la Cik Aina still see both of you like you were 20 years ago? Rasanya yg Dayah peluk tu macam kopipes Dayah yang dulu. Didn't we miss the old years huh? Masa berlalu pantas betul. 

Terima kasih A.Bukhari dan K.Ani kerana sudi terima kami sebagai tetamu malam ni. Macam2 cerita keluar. Rasa macam tak cukup masa. Insyaallah jumpa lagi di lain masa.





No comments:

Post a Comment