Tuesday, July 4, 2017

Goreme Open Air Museum

Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, kami berikan behagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur. (A-li'Imraan 3:145


Destinasi terakhir lawatan untuk hari ini. Yahoooo. Boleh balik awal untuk rehat2 di bilik hotel. Selalunya dah malam baru tiba hotel. Cuaca agak panas ketika ini. Jadi ada yang memilih utk menunggu di dalam bas saja.


Goreme Open Air Museum disenarai di dalam Unesco World Heritage List sejak 1984.Di sini,
"Karya-karya yang paling penting yang menerangi sejarah Kristian di Cappadocia adalah gereja-gereja berlubang dalam batuan. Terdapat lebih daripada dua ratus lima puluh gereja di rantau ini. Juga, gereja-gereja dan biara-biara dapat dilihat di semua lembah. Kawasan gereja yang biasa dijumpai adalah Göreme sebagai pusat agama bahawa kehidupan monaseteri telah menjadi kenyataan antara 3. dan 8. abad. Untuk seni bina dan hiasan gereja-gereja dan gereja adalah contoh yang luas di Lembah Göreme." (petikan http://www.cappadociaturkey.net/goreme_open_air_museum.htm)


Salah satu daripada gereja yang terdapat di muzeum ini."Biara biarawati dikenali sebagai enam atau tujuh lantai tetapi boleh dikunjungi hanya tiga tingkat lagi. Sambungan antara lantai biara disediakan dengan terowong dan pintu masuk terowongan ditutup dengan batu gelongsor seperti kota bawah tanah Cappadocia." (petikan http://www.cappadociaturkey.net/goreme_open_air_museum.htm)


Sempat bergambar beramai2 untuk yang turun melawat kawasan muzium. Saya suka foto ni walaupun kena cari diri sendiri (kamera siapa ye? tq K.Arfah for the photo :)).Idea K.Naz dan Datuk Rusnani utk kaki ke depan mmg menjadi la. Awesome! Asalnya diberi masa 1.5 jam untuk lawatan. 1.5 jam? Awat lama sangat? 30 minit pun dah lebih dari cukup. Masing2 dah kepenatan. Dan rasa2nya mungkin juga sebab rupa mukabumi yang hampir sama dengan Undeground City dan Pigeon Valley, jadi keterujaan untuk meneroka sudah berkurang.


Nak membeli pun sudah tidak berminat. Cukup sekadar menggunakan tandas yang ada sebelum balik berehat di hotel.


Walaupun keletihan dan hampir terpejam, cuba juga untuk bertahan sebab peluang menikmati pemandangan di sini mungkin tidak akan berulang. Lagipun, tanah ini banyak mengingatkan aku pada Tucson kerana masih ada rindu bertamu di situ.


Terakhir utk perjalanan pulang ke hotel, kincir angin di tepi jalan menarik perhatian aku. Sebelum ni pun ada nampak juga tapi tak sempat nak snap foto. Sekadar hiasan atau ada kegunaan?

No comments:

Post a Comment