Friday, July 21, 2017

Kircilar - Dunia pencinta barangan kulit

Kemudian sesudah (kamu mengalami kejadian) yang mendukacitakan itu, Allah menurunkan kepada kamu perasaan aman tenteram, iaitu rasa mengantuk yang meliputi segolongan dari kamu (yang teguh imannya lagi ikhlas), sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang-orang jahiliyah. Mereka berkata: "Adakah bagi kita sesuatu bahagian dari pertolongan kemenangan yang dijanjikan itu?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya perkara (yang telah dijanjikan) itu semuanya tertentu bagi Allah, (Dia lah sahaja yang berkuasa melakukannya menurut peraturan yang ditetapkanNya)". Mereka sembunyikan dalam hati mereka apa yang mereka tidak nyatakan kepadamu. Mereka berkata (sesama sendiri): "Kalaulah ada sedikit bahagian kita dari pertolongan yang dijanjikan itu, tentulah (orang-orang) kita tidak terbunuh di tempat ini?" katakanlah (wahai Muhammad): "Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing". Dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada. (A-li'Imraan 3:154)

 

Dari Bolu ke Istanbul, singgah dulu. Agenda wajib yang sudah serasi dengan Omer, hahaha.  Lagipun ada yang nak cucuk duit rasanya.

 

Pemandangan di luar tidaklah membosankan sangat walaupun dah masuk kota besar. Tambahan pula bila melihat lanskap di kiri kanan jalan yang cantik dan mengasyikkan.


Ahhh. Yang ni memang bosan tahap gaban. Jammm! Kenderaan bergerak perlahan dari benua Asia memasuki benua Eropah. Masa ni K.Naz dah di sebelah dreba. Banyak gambar2 menarik yang diambil K.Naz. Sayangnya tak sempat dia nak send ke group, lenyap tiba2. Bukan K.Naz yang lenyap ya, gambar2 tu yang lenyap dari simpanan.


Melintasi Selat Bosphorus. Esok waktunya untuk kita enjoy cruise. Hari ni kita jalan2 cuci mata dulu. Banyak nak dilawati di Istanbul ni. 

 

Mula-mula sekali dibawa ke pusat jualan barangan kulit. Aku ingatkan Punto atau Derimod tu tempatnya. Rupa2nya Kircilar yang di sebelah. Katanya di sini harga barangan kulit murah berbanding di tempat lain mahupun di Malaysia. Murah pun sebab aku bukan peminat leather jadi tengok jer la. Terbeliak jugak la bijik mata dengan kecantikan barangannya dan harganya juga!


Wow. Ada runaway show! Hmmm ada dalam 30 minit kut. Modelnya ada 4 orang saja bergilir2 memperagakan pakaian kulit yang memang tersangatlah cantik. Model2nya dah tentu lawa kan? Tapi rambut mamat yang sorang ni menarik perhatian aku. Cantik dan lurus beralun bila dia berjalan, hihi.


Setiap baju yang digayakan dah ada tag nombor. Kalau berkenan yang mana2, sila isi /tanda pada kad yang tersedia dekat kerusi.
 
Bahawasanya orang-orang yang telah berpaling (melarikan diri) di antara kamu pada hari bertemu dua angkatan tentera (Islam dan kafir dalam perang Uhud) itu, sesungguhnya mereka telah digelincirkan oleh Syaitan dengan sebab sebahagian dari perbuatan-perbuatan (yang salah) yang mereka telah lakukan (pada masa yang lalu); dan demi sesungguhnya Allah telah memaafkan mereka, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar. (A-li'Imraan 3:155


Dah selesai cuci mata kat Kircilar, kita pi makan di sini dulu. Lapar sangat ni. Tapi nak sampai sini pun boleh tahan la menapak sebab bab tak boleh berhenti depan kedai ni.


Nak tiba Restoren Sultan tadi kena lalu kedai ni dulu. Tertarik pulak tengok lampu2 yang lain dari yang dok lihat selalu. Nak beli? Tak mungkin. Pecah nanti naya je.


Restoren tu dah dekat dengan papan tanda ini. Lepas makan kita akan ikut papan tanda ni utk lawatan seterusnya. Dan kalau lihat gambar sebelah, ini sebabnya bas tak boleh berhenti di sini. Laluan ini memang sempit dan agak sibuk.


Ruang makan di Restoren Sultan. Aku ada 2 gambar ni saja. Lain2 banyak Hj.Mad yang ambil termasuk gambar kami berdua. Tapi tak ada dalam simpanan aku :) Alhamdulillah masa kami tiba belum ramai pelanggan. Bagus betul timing Omer ni bila tiba bab makan.

Kredit gambar dari album fb Leez (saya pinjam ye)
Salad yang sama. Sup lentil yang sama dari segi rupa dan rasa. Nasi semangkuk beserta salad. Yang bezanya cuma daging atau ayam. Tengok gambar ni rasa teringin pulak nak pi cari Turkish food masa ni. Kat mana ada ye di area Sbrg Perai ni? Rindu pada sup lentilnya :)


No comments:

Post a Comment