Friday, July 28, 2017

Makam Abu Ayub Al-Ansari

Adakah orang yang menurut keredaan Allah itu sama seperti orang yang kesudahannya mendapat kemurkaan dari Allah? Sedang tempat kembalinya ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. (A-li'Imraan 3:162)


Perjalanan diteruskan mengelilingi puing2 runtuhan kota Konstantinople yang pernah ditawan Sultan Muhammad Al Fateh. Sejarah yang terus menjadi kebanggaan masyarakat Islam di Turki. Sultan Al Fateh  terus menjadi sebutan sehingga kini.


Destinasi kedua hari ini. Masjid Sultan Eyub di mana terletaknya makam Abu Ayub Al Ansari, salah seorang sahabat Rasulullah saw.


Kawasan perkuburan ini sangat luas sehingga merangkumi bukit berdekatan. Batu2 nisan zaman dahulu yang sangat besar dan dipenuhi dengan ukiran2 kaligrafi Arab. Di sini jugalah terletaknya kubur Arwah Ammar, satu2nya rakyat Malaysia yang dibenarkan dikebumikan di sini. Tapi jangan cuba2 hendak cari, kelak tak jumpa jalan pulang nanti. Bukan kerana ada misteri tapi luasnya kawasan hingga tidak disedari kita boleh tersesat di sini.


Bila tiba di tingkap kecil ini, aku lihat Si Omer berhenti dan berdoa di hadapan tingkap kecil ini. Aku cuba hendap ke dalam, tak nampak jelas sangat pun. Kenapa Omer berdoa di sini?


Ooo. Rupa2nya di dalamnya terletak makan Abu Ayub. Bagi siapa2 yang tak nak masuk ke dalam boleh berdoa di luar macam Omer :). Yang nak masuk berdoa di dalam sila pakai plastik menutup kasut utk tidak mengotorkan makan.


Siapa yang solat sunat di masjidnya silakan. Sudah selesai nanti berkumpul semula di bawah pokok maple yang sudah tua ini. Agak2nya berapa usia pokok maple ni?


Sementara tunggu semua berkumpul, aku, K.Arfah dan Leez sempat merayau2 kedai di luar masjid. Sempat lagi makan aiskrim sorang satu. Sempat juga membeli Turkish delights 1 kg di sini. Dalam pada itu, sempat juga Man Jb folo dan welfie, hahaha. Bila ada kumpulan pelajar membuat latihan kawad (rasanya lah), kami tak lepas peluang bergambar tanpa disedari ada dua lagi yang menyelit di belakang kami. Bila En.Anwar dan En.Adnan menyelit pun kami tak sedar. Dah tengok gambar baru perasan.


Jam 11.30 kami dah berada di sini utk lunch. Awal lunch hari ni. Hari ni kebab daging. Lepas ni nak tunggu dinner jenuh lapag balik. Apa2 pun, jom makan dulu.
 

No comments:

Post a Comment