Friday, July 28, 2017

Panorama Muzium - 3/5/2017

Dan tiadalah patut bagi seseorang Nabi itu (disangkakan) berkhianat (menggelapkan harta rampasan perang), dan sesiapa yang berkhianat (menggelapkan sesuatu), ia akan bawa bersama pada hari kiamat kelak apa yang dikhianatinya itu; kemudian tiap-tiap seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun (balasannya). (A-li'Imraan 3:161)


Pagi2 hari terakhir kami dibawa ke Panorama Muzium. Mula2 tu dalam kepala ni mesti ingat muzium ni penuh dengan artifak atau paling kurang pun bangunan lama macam Haghia Sophia. Nampak kecil jer muzium ni.


Tambahan pula kat luar ada helikopter. Muzium apa nih? Heli ni bole dinaiki tapi berbayar. Nak rasa naik simulasi heli silakan.


Bila masuk dalam, oklah. Maca muzium2 lain juga. Ada gambar dan cerita. Terutama kisah peperangan yang diketuai oleh Sultan Muhammad Al Fateh. Hinggakan ada satu filem telah dibuat berdasarkan kisah ini. Tapi tunggu hingga masuk ke dome ini.


Bila masuk ke dome yang ada. Subhanallah. Masing2 sangat terpegun dengan lukisan yang dibuat pada dome besar tersebut. Lengkap dengan langitnya yang biru. Lukisan 3D nampak hidup dengan cerita perang yang berlaku. Sangat ditil dan halus hasil lukisan tersebut. Memang kagum betul. Jadi pada sesiapa yang ke Istanbul, aku amat2 galakkan untuk melawat Panorama Muzium ini.


Penjaga kubah. Mula2 tak berani juga nak dekat sebab muka serius gila. Tapi bila ajak bergambar, dia siap nak posing dengan pisau/pedang. Lepas tu ada jemaah lain ajak posing. Wah! Sporting pulak mamat ni.


Ini replika kubah yang tadi. Lukisannya penuh dari lantai ke siling dome. Seperti berada di dunia sebenar.


Cukup meluangkan masa sejam di sini. Bagi yang suka shopping, barang2 di sini agak murah berbanding di tempat lain. Termasuk barang2 perhiasan rumah yang cantik dengan harga berpatutan. AKu? Tak beli juga, promosi je lebih utk sesiapa yang berminat. Hihi.


No comments:

Post a Comment