Thursday, July 13, 2017

Selamat Tinggal Bolu - 2/5/2017

(Ingatlah) ketika kamu berundur lari dan tidak menoleh kepada sesiapa pun, sedang Rasulullah (yang masih berjuang dengan gagahnya) memanggil kamu dari kumpulan yang tinggal di belakang kamu (untuk berjuang terus tetapi kamu tidak mematuhinya). Oleh sebab itu Allah membalas kamu (dengan peristiwa) yang mendukacitakan (kekalahan), dengan sebab perbuatan (kamu menderhaka) yang mendukacitakan (Rasulullah) itu, supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput dari kamu, dan tidak (pula bersedih) akan apa yang menimpa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan. (A-li'Imraan 3:153)
 

Signboard masuk ke penginapan malam tadi. Dari sini ke resort dalam 5 minit juga. Tapi damainya sangat terasa sebab jauh dari kesibukan kota.


Peta kawasan penginapan. Tak banyak unit yang ada. Lebih berbentuk apartment dua tingkat. Satu bangunan ada dalam 6-8 unit rasanya.


Unit aku nun yang nampak cat biru. Ada sikit2 macam kat mana ye?


Tak dapat berlama2 di sini. Tiba kemarin dah malam. Pagi2 ni dah berkemas untuk bergerak ke Istanbul. Kembali ke tempat asal ketibaan. Aku suka suasana sini. Tenang, damai, sunyi, nyaman. Memang taida apa yg boleh dibuat di sini. Tapi untuk honeymoon memang sangat terbaik tempat ni.


Menikmati sarapan pagi sebelum bertolak. Selain kami ada kumpulan pelancong dari Malaysia seramai 12 orang plus 2 dari China menginap di sini. Kumpulan yang sama juga kami bertembung di beberapa tempat samada penginapan atau restoren.


Masa utk ucapkan selamat tinggal pada Bolu. Rasa macam nak mai lagi tapi ntah bila tahun gamaknya. Banyak tempat lain aku tak sampai lagi. Kena pulun simpan duit nak gi jalan2 ke tempat lain. Hmmm..ke mana ya destinasi aku tahun depan?

No comments:

Post a Comment