Saturday, July 29, 2017

Topkapi Palace Museum

Mereka itu (yang menurut keredaan Allah, dan yang mendapat kemurkaanNya), mempunyai tingkatan-tingkatan (pahala atau dosa yang berlainan) di sisi Allah; dan Allah Maha Melihat akan segala yang mereka kerjakan. (A-li'Imraan 3:163)


Lepas ni kita akan lawat satu lagi muzium yang ada. Topkapi Palace. Dan kita akan jalan kaki macam semalam. Sampai petang :) Nak menuju ke muzium ni ada satu lorong yg menjual macam2 di kiri kanan jalan. Kalau tak sebab Al Ilmi Jom Jom, rasanya memang dah singgah cuci mata dan cuci poket sekali.


Ini dia pintu masuk ke muzium. http://topkapisarayi.gov.tr/en Web rasmi ini menyatakan pada 28 July 2017 (eh eh..semalam la), muzium ini ditutup kepada pelawat kerana kerja2 pembersihan belum selesai.


Cerita lanjut tentang muzium ini boleh dibaca di web tadi. Semasa lawatan kami, ada ruang pameran yang dikhaskan utk artifak2 atau barangan2 Rasulullah dan sahabat2 baginda. Tapi nak boleh tengok pun kena berbaris sebab ramai sangat tertumpu di situ. Dah le aku ni kecik comel je, terpaksa la menyelit kat mana yang bole.


Tak banyak gambar di sini sebab dah rasa tak tahu nak amik yang mana satu. Setiap bangunan yang dilawati hampir sama strukturnya. Cuci mata tengok sekeliling saja. Dan di sudut belakang ni (kami tuju sini dulu berbanding jemaah lain), pemandangannya memang sangat cantik. Ramai yang ke sini semata2 utk bergambar saja. Nak bergambar berdua tak ada orang pulak bole tolong. Amik gambar sorang2 malu nak letak sini hahaha.


Dan sudah tentu bunga2 tulip yang masih berkembang memenuhi kawasan. Termasuk bunga purple lembut ini. Ia bukan bunga ros tapi kembangnya sangat cantik memenuhi kawasan sudut belakang bangunan. Kalau bunga ros berkembang masa ni, mau gila aku dibuatnya.


Akhirnya berkumpul kami di bawah pokok juniper ini utk penerangan selanjutnya sebelum bergerak ke destinasi lain. Solat? Keluar dari muzium ini ada satu surau utk solat. Sementara menunggu yang lain solat, sempat juga merayau2 tengok makanan apa yang dijual. Masa ni buah tembikai cukup banyak. Selesai semua, jom sambung jalan kaki ke tempat yang ditunggu2.







 

No comments:

Post a Comment